Pejuang selar bidasan Anwar pada Mahathir

 

 

PETALING JAYA: Pejuang menyelar Anwar Ibrahim kerana menyalahkan Dr Mahathir Mohamad atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) melakukan reformasi sepenuhnya ketika berkuasa, dan menganggap tuduhan terhadap bekas perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab.



Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Husamudin, berkata sepajang 22 bulan pakatan itu berkuasa ia berjaya menunaikan 53 janji dalam manifesto.

Katanya, pada Disember 2019, menteri kewangan ketika itu Lim Guan Eng, berkata, sebanyak 60% janji PH dalam pilihan raya sudah ditunaikan.

Baki janji itu katanya, terpaksa ditunda kerana negara berdepan cabaran fiskal yang lemah dan cabaran ekonomi. Masalah ini turut diakui sendiri presiden PKR itu.

“Jangan lupa apabila ia berkaitan dengan urusan kerajaan, ia adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam kenyataan.



“Andai Mahathir dipersalahkan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan PH lain juga perlu dipersalahkan,” katanya merujuk kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Malam tadi, Anwar berkata, kerajaan PH tidak dapat melaksanakan reformasi sepenuhnya kerana ia diketuai oleh pemimpin yang “bukan reformis”.

Katanya, Pengerusi Pejuang, Mahathir yang menjadi perdana menteri ketujuh, kembali kepada politik perkauman yang bertentangan agenda PH yang berbilang kaum.

Ulya berkata, Anwar hanya mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab dan tidak berani berdepan kebenaran serta realiti.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick



Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker