BNM perlu lebih agresif naikkan OPR

BNM perlu lebih agresif naikkan OPR

Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memberikan tindak balas pada ‘kadar yang lebih agresif” dari segi menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), menurut Manulife Investment Management.

Ketua Peruntukan Aset untuk Asia Luke Browne berkata memandangkan kadar inflasi di Malaysia masih dianggap rendah berbanding negara lain, beliau memilih untuk menyaksikan kenaikan kadar faedah yang agresif dan pada kadar cepat serta bergerak ke hadapan.

“Jelas sekali, ia perlu dibuat dalam konteks situasi semasa, kita memerlukan kejelasan data, memastikan ia adalah keputusan yang tepat dan kemudian bergerak dengan agresif,” katanya pada taklimat media secara maya mengenai prospek pelaburan suku keempat 2022 Manulife hari ini.

BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kelima pada 8 Sept, 2022.

Sementara itu, Ketua Strategi Makro untuk Asia Sue Trinh berkata Malaysia dijangka mendapat manfaat di rantau ini daripada kejutan makanan dan tenaga serta potensi kejutan mudah tunai berikutan ketidaktentuan inflasi negara yang kekal sederhana.

Beliau berkata persekitaran yang tidak menentu di negara ini mengurangkan tekanan ke atas BNM untuk mengekalkan dasar monetari yang agresif dan pembukaan sempadan antarabangsa turut menyokong pemulihan ekonomi negara.

Indeks Harga Pengguna Malaysia naik sebanyak 4.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.9 pada Julai 2022 berbanding 122.5 pada bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Indeks makanan meningkat 6.9 peratus dan kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi pada bulan tersebut.

Mengulas mengenai risiko yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia, Trinh berkata risiko masih boleh wujud, termasuk ketidaktentuan politik tempatan yang boleh memberi ancaman kepada pelaksanaan dasar fiskal untuk menyokong pertumbuhan.

“Malaysia juga terdedah kepada potensi kemelesetan ekonomi global berdasarkan negara ini merupakan pengeksport kepada negara-negara utama dunia seperti Amerika Syarikat, China dan Eropah,” katanya. HM

BNM perlu lebih agresif naikkan OPR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker