Ada kemungkinan wang suapan dikongsi tiga saksi penting: Hakim
Ada kemungkinan wang suapan dikongsi tiga saksi penting: Hakim
Terdapat kemungkinan wang suapan yang dikatakan dibayar kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diagihkan kepada tiga saksi utama pendakwaan, yang dilihat melalui gaya hidup mewah mereka.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata ruangan komentar yang dibiarkan kosong pada lejar syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) menimbulkan kemungkinan rumusan (wang suapan diagihkan kepada saksi) seperti yang dicadangkan oleh peguam bela Presiden UMNO itu.
Ketiga-tiga saksi utama pendakwaan itu adalah bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khiun (saksi pendakwaan ke-15) dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (saksi pendakwaan ke-16) serta bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun (saksi pendakwaan ke-17).
Mohd Yazid yang membacakan penghakiman lebih daripada dua jam berkata, setiap daripada saksi itu memiliki satu unit hartanah di Pavilion di mana Wan Quoris juga memiliki seunit banglo di Putrajaya, satu unit kediaman berkembar di Cyberjaya, dua kenderaan Range Rover dan motosikal mewah serta membayar cukai berjuta-juta ringgit.
Hakim itu menjelaskan, tanpa bukti sokongan yang kukuh, beliau tidak boleh membuat penemuan bahawa wang berkenaan sebenarnya diterima oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu seperti yang dicadangkan oleh pendakwaan berdasarkan transaksi direkodkan dalam lejar (tanpa bukti rekod) melalui tanda nota ‘Z’ dan ‘ZH’.
Selanjutnya, Mohd Yazid berkata, Vui Khun dan Wan Quoris dalam keterangan mereka ketika disoal balas bersetuju bahawa tiada bukti bebas yang menyokong keterangan mereka bahawa wang itu sebenarnya dibayar kepada Ahmad Zahid.
Amat mengejutkan bahawa Siong Sun iaitu individu yang membuat lejar UKSB, mengakui ketika disoal balas bahawa penyerahan kedua wang suapan berjumlah RM3 juta yang dimasukkan dalam sebuah bagasi adalah keterangannya yang difikirkan kemudian.
“Pengakuan saksi utama pendakwaan itu adalah lebih daripada mencukupi bagi mahkamah untuk memutuskan bahawa beliau adalah seorang saksi yang langsung tidak berwibawa.
“Untuk lebih menyokong dapatan saya, saksi itu dalam keterangannya berkata beliau akan merekodkan pembayaran pada hari sama atau sehari kemudian, bagaimanapun ditunjukkan bahawa hampir semua komentar pada kolum dalam lejar itu dibiarkan kosong.
“Vui Khiun pula bersetuju bahawa komentar pada kolum di lejar tidak menggambarkan bahawa wang berkenaan dibayar kepada tertuduh,” katanya.
Mohd Yazid berkata, pendakwaan juga gagal mengemukakan bukti Kamera Litar Tertutup (CCTV); gagal memanggil pemandu kepada tiga saksi utama, pengawal di kediaman Ahmad Zahid di Sri Satria dan Country Heights; dan gagal mengemukakan bukti slip transaksi Touch and Go, log panggilan telefon dan mesej dengan tertuduh. BH
Ada kemungkinan wang suapan dikongsi tiga saksi penting: Hakim
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.