Sanusi : Agak koyak saja mengadu kat pak

Sanusi : Agak koyak saja mengadu kat pak

“Kalau nak bertujai (bertikam lidah) dengan orang lepas itu balik mengadu kat pak (bapa), baik tak payah,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu berkata, sesiapa sahaja perlu memiliki kekuatan seandainya mereka mahu berdebat dalam sesuatu perkara atau isu tertentu.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa dan mengenai apa kenyataan itu dibuat, Muhammad Sanusi dipercayai merujuk kepada pertikaman lidah antara beliau dan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu bola sepak negara.



“Panas tak apa, jangan koyak. Koyak teruk sangat, cuit sikit sahaja pun. Manja sangat anak sapa ha (ya). Hati mau brutal, baru boleh nak bertujai.

“(Hati) mau keras la sikit. Agak nak koyak pi habaq (mengadu) kat pak teruk la lagu tu (macam itu), baik toksah (tak payah) berkawan dengan orang,” katanya ketika berucap pada perasmian Karnival Sejahtera Prihatin Negara di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi yang ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai ucapan beliau selain memaklumkan hanya mereka yang mengetahui sahaja tahu siapa dan apa yang diperkatakan.

Dalam status Facebook miliknya kelmarin, Muhammad Sanusi berkata, sesiapa sahaja kini boleh memberi pendapat atau pandangan terhadap orang lain dan bukan hanya seseorang individu sahaja boleh melakukan apa-apa yang dimahunya kerana kini sudah melangkah ke tahun 2022 dan bukan lagi tahun 1422.



“Yang nampak dok kalut (masuk campur) pasai jurulatih pasukan lain tu pasai (sebab) apa? Agaknya pasai jurulatih tu dia takleh nak call direct macam dia dok call jurulatih team lain sebelum ini kot.

“Cerita dia nak ambil balik player pinjaman pun, dia call jurulatih dgn player direct sahaja suruh balik, padahal perjanjian pinjaman dibuat antara pengurusan team A dengan pengurusan team B, bukan dengan jurulatih pun, nampak tak kerek dia?,” kata Muhammad Sanusi melalui hantaran itu.

Tidak lama selepas itu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut memuat naik hantaran di Instastory Instagram milik baginda seolah-olah memberi respon terhadap kenyataan Muhammad Sanusi sebelum itu.

Baginda juga tanpa menyebut nama mana-mana individu memaklumkan agar lebih baik seseorang itu menutup mulut kerana semakin banyak dia bercakap akan menampakkan kebodohan.



“Pegang semua benda gagal. Negeri gagal, ekonomi gagal, sukan gagal, semua gagal. Ini namanya expert of gagal atau failure,” tulis TMJ yang memadam status tersebut selepas itu.

Hantaran berlatar belakangkan poster karikatur ikon makanan segera yang diolah seperti badut itu turut menulis perkataan ‘Suweynasi’ dan gambar seekor burung yang berwarna hijau kuning.

Muhammad Sanusi selepas itu turut memuat naik hantaran terbaharu dengan menyatakan ‘Panaih tak paa, koyak jangan la’ sambil memaparkan tangkap layar akaun Instagram TMJ. Utusan

Sanusi : Agak koyak saja mengadu kat pak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker