Kerajaan campuran stabil tanpa UMNO – Sanusi

Kerajaan campuran stabil tanpa UMNO – Sanusi

Kerajaan campuran mungkin lebih stabil sekiranya UMNO tidak mendominasi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sesebuah negeri, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor berlaku disebabkan kerusi DUN di negeri itu di dominasi oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).



“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kalangan UMNO masih mengamalkan perangai lama iaitu akan melarikan diri daripada terus berada dalam kerajaan campuran menyebabkan PRN terpaksa dilakukan.

“Kerajaan campuran tidak akan bertahan lama dan stabil jika UMNO mendominasi lebih banyak kerusi seperti yang berlaku di Melaka dan Johor,” katanya ketika berucap pada program ceramah 3 Menteri Besar PAS dan pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Terengganu sempena Pra Himpunan Pertahan di Dataran Kompleks Sukan negeri, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, hanya terdapat dua ADUN, termasuk seorang dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri daripada UMNO di Kedah.



Katanya, lima EXCO termasuk jawatan Menteri Besar daripada kalangan pemimpin PAS, manakala enam daripada BERSATU.

“Lima daripada ADUN BERSATU dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri, manakala seorang lagi dilantik sebagai Yang Dipertua DUN.

“Kedudukan kerajaan Kedah tidak terjejas jika dua wakil daripada UMNO keluar daripada kerajaan seperti yang berlaku di Melaka dan Johor,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU-15, Muhammad Sanusi berkata, Retreat PAS yang diadakan di Langkawi, Kedah memutuskan parti akan menghadapi PRU-15 bersama Perikatan Nasional (PN).



“Pendirian PAS adalah bersama PN dan akan menentang parti gabungan lain termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Jika UMNO tetap dengan keputusan untuk bertanding solo, kita barisan kepemimpinan PN bersedia untuk hadapinya,” katanya. BH

Kerajaan campuran stabil tanpa UMNO – Sanusi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker