Warga emas maut dipijak gajah

Warga emas maut dipijak gajah

Tawau: Seorang wanita warga emas maut dipercayai dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan, Tawau, Sabah.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi ketika mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh yang berusia lingkungan 60-an, menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.

Menurut Bernama, suami mangsa bagaimanapun dilaporkan terselamat dalam kejadian itu.

Menurut Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Primus Lambut, pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar mengamuk di kawasan Dumpas.

“Gajah ini bukan gajah betina bunting yang sebelum ini pernah dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai kerana gajah itu sudah dihalau ke hutan. Ini gajah lain, ia tidak memakai kolar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. FMT

Warga emas maut dipijak gajah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker