Setpol Ismail bidas bekas pembantu Muhyiddin

Setpol Ismail bidas bekas pembantu Muhyiddin

Setiausaha politik kepada perdana menteri memberi amaran tindakan kumpulan Muhyiddin Yassin yang terus menuding jari dan menuduh kerajaan hari ini “gagal” hanya akan mengheret satu lagi episod ketidakstabilan politik seperti pernah berlaku sebelum ini.

Syed Fazmi Sayid Mohammad berkata, kerajaan Ismail Sabri Yaakob berusaha mencari jalan dan kaedah terbaik untuk meminimumkan kesan krisis ekonomi, dan menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk Bersatu yang turut berada dalam kerajaan bersama menanganinya.

“Menuding jari dan menuduh kerajaan hari ini ‘gagal’ bila mana bekas PM8 (Muhyiddin) masih menjawat jawatan pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan ditambah dengan jumlah menteri Kabinet daripada Bersatu yang masih berada dalam kerajaan hanya akan mengheret satu lagi episod kepada kecamukan politik yang akhirnya boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang pernah berlaku sebelum ini.

“Usaha menstabilkan politik telah berjaya dicapai sehingga hari ini dan ianya harus dikekalkan demi memastikan setiap usaha kerajaan tidak terjejas dan terbantut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan bekas setiausaha sulit kepada Muhyiddin, Marzuki Mohamad, malam tadi yang menasihatkan pentadbiran Ismail supaya tidak terperangkap dengan sindrom penafian, selain menyatakan rakyat “tidak termakan dengan nilai keluaran dalam negeri kasar (KDNK)”.

Ia susulan kenyataan balas Syed Fazmi kepada Marzuki yang menyatakan perdana menteri tidak gagal mengurus ekonomi merujuk kepada “angka-angka” seperti kadar pengangguran rendah, 3.8%, manakala inflasi dikatakan “terkawal”.

Marzuki sebelum itu mendakwa rakyat lebih berpuas hati dengan kepimpinan presiden Bersatu itu berbanding perdana menteri daripada Umno, merujuk kepada Ismail.

Beliau merujuk kepada kajian dilakukan Merdeka Centre yang menunjukkan markah purata Muhyiddin sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri ialah 67% sementara Ismail 45%.

Mengulas lanjut, Syed Fazmi berkata Marzuki tidak boleh terikat dengan satu pelaporan ekonomi saja untuk mengukur tahap pemulihan ekonomi negara.

“Jika kita mahu bercakap soal pemulihan negara pasca pandemik dalam apa jua aspek kita harus melihatnya secara rasional dan tidak hanya terikat dengan satu tajuk ekonomi semata sehingga membandingkan peratusan pencapaian antara PM8 dan PM9 .

“Sektor ekonomi merupakan satu sektor atau tajuk besar yang selalu kita lihat dan menjadi ukuran kepada kedudukan negara kita,” katanya.

Menurutnya, Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) menyemak naik kadar pertumbuhan tahunan industri runcit negara bagi tahun 2022 kepada 13.1% daripada 6.3% sebelum ini berikutan unjuran prestasi lebih kukuh dalam suku kedua 2022.

“Apakah ini juga fakta yang mahu disorok atau tidak diambilkira oleh Dr Marzuki?,” soal Syed Fazmi. FMT

Setpol Ismail bidas bekas pembantu Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker