Nasihat ‘awak down ke’ buat ramai terhibur (Video)

Nasihat ‘awak down ke’ buat ramai terhibur (Video)

Kemunculan seorang lelaki memuat naik video dengan loghat negeri Pahang di TikTok baru-baru buat orang ramai terhibur.

Kemunculan lelaki tersebut memuatnaik video berbentuk ‘nasihat’ dengan loghat negeri Pahang mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan kata-kata lelaki itu.

Antara video pertamanya yang mula tular ialah di mana dia memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak tertekan dengan cakap-cakap orang.



“Aok (awak) tengah ‘down’ ke tu? Lantak awaklah, down sorang-sorang. Koi (saya) tak down. Koi ada pekerjaan.

“Biarlah orang nak cakap pekerjaan koi ‘low class’ pun. Aok dengar cakap-cakap orang tu dia bagi duit kat aok ke? Ada? Tak ada. Apa faedah aok layan sangat apa cakap orang,” antara kata-katanya dalam video berkenaan.

Video yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Cik Mat, kini turut tular di beberapa platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Terbaharu, video Cik Mat bercakap dalam bahasa Inggeris turut tular dan mendapat pujian ramai berikutan dia dapat bertutur dengan bagus dalam bahasa tersebut.



“Bagus bahasa Inggeris dia, boleh beri informasi dengan baik. Salut, semoga maju jaya Cik Mat,” kata Ida.

“Lepas tengok video aok down ke tu, terus terhibur tengok Cik Mat. Terkejut tengok dia cakap ‘english’, jelas dan penggunaan tatabahasa hampir sempurna,” kata Akhbar.

“Kalau ada arwah Mamat Khalid ni..Dia dah ambil jadi pelakon,” kata Helmi.

Tinjauan di profil TikTok lelaki itu mendapati, dia kini telah memperoleh lebih 80,000 pengikut. K Online



Nasihat ‘awak down ke’ buat ramai terhibur (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker