Penyokong asing kagum lihat umat Islam solat

Penyokong asing kagum lihat umat Islam solat

Doha: Kali pertama dalam sejarah, ratusan penyokong bola sepak, pemain dan pegawai di Piala Dunia 2022 di Qatar mengerjakan solat Jumaat di kawasan Masjid Ahmed bin Ali dan Stadium Al-Thamma minggu lalu.

Foto dan video mereka menunaikan kewajipan itu tersebar luas di media sosial dan menarik perhatian penyokong asing yang menganggapnya ia detik bersejarah.

Qatar turut menjadikan penganjuran Piala Dunia sebagai peluang untuk mereka mengubah persepsi salah masyarakat bukan Islam terhadap agama itu dan penganutnya selama ini.

Penyokong asing turut dibenarkan datang ke masjid dan melihat sendiri cara umat Islam mendirikan solat dan teruja dengan apa yang mereka saksikan.

Pendakwah bebas terkenal Dr Muhammad Salah dalam hantaran di Facebooknya memuatnaik tulisan seorang peminat bola sepak yang menceritakan rasa keterujaan seorang pengunjung bukan Islam menyaksikan cara solat dikerjakan.

Dalam catatannya: “Antara keindahan Piala Dunia di Qatar ialah penganjur membina tempat sembahyang yang lutsinar, jadi orang bukan Islam boleh melihat kami bersolat.

“Hari ini ketika di Stadium Al-Bayt, selepas tunaikan solat Isyak, saya melihat seorang warga asing berdiri melihat saya di sebalik dinding kaca.

“Dia menyapa saya dan berkata: Berapa kali sehari kamu lakukan perkara ini? Jadi saya kata kepadanya lima kali yang wajib dan boleh ditambah jika mahu mendapat lebih ganjaran.

“Ok, bila waktunya untuk sembahyang? Tidak, waktunya tidak ditetapkan oleh jam tetapi mengikut peredaran matahari. Bagaimana? Saya pun membuka aplikasi waktu solat dan menunjukkan kepadanya ia berubah-ubah dalam masa beberapa hari.

“Saya pun menjelaskan kepadanya setiap solat dan dia kagum dan terkejut. Katanya: “Saya minta maaf, boleh saya membuka kamera dan ulang apa yang awak katakan tadi?”

Dr Muhammad Salah mengakhiri catatannya di Facebook berkata: ‘Ya Allah! Muliakan Islam dan Muslim di mana-mana sahaja❤️ HM

Penyokong asing kagum lihat umat Islam solat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker