Agong syukur, sukacita susulan MoU dimeterai kerajaan, PH

Sebaran :

Agong syukur, sukacita susulan MoU dimeterai kerajaan, PH

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur dan sukacitanya atas kerjasama rentas parti melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH), yang disifatkannya sebagai “pendekatan bersejarah”.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap MoU itu dapat segera mengakhiri kemelut politik.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan bahawa dengan termeterainya MoU Transformasi dan Kestabilan Politik ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera dan ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati serta bersepakat berusaha menangani wabak Covid-19 demi kepentingan rakyat dan negara.

“Seri Paduka Baginda mengulangi pandangan baginda bahawa rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan pada ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kelembapan ekonomi akibat wabak Covid-19,” menurut kenyataan berkenaan.

Istana Negara berkata, Agong telah menasihati Ahli Parlimen supaya mengutamakan masalah rakyat pada sidang Parlimen yang sedang berlangsung.

Menurut baginda, kestabilan politik dan peningkatan usaha vaksinasi dapat mempercepat pemulihan ekonomi negara.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan keyakinan bahawa selari dengan kestabilan politik dan kadar vaksinasi penduduk serta bantuan tambahan oleh kerajaan, proses pemulihan ekonomi negara dapat dipercepat.

“Bahkan faktor-faktor tersebut juga adalah kunci kepada keyakinan semua pihak berkaitan dan para pelabur,” katanya.

Pada Isnin, kerajaan persekutuan dan PH menandatangani MoU yang merangkumi enam bidang, antaranya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan rancangan untuk memerangi Covid-19, selain kebebasan badan kehakiman.

Ia juga akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi kerajaan dan pembentukan jawatankuasa pemandu bagi MoU berkenaan. FMT

Agong syukur, sukacita susulan MoU dimeterai kerajaan, PH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi


Sebaran :

Leave a Reply