Warga emas panjat siling elak ditahan berkhalwat

Warga emas panjat siling elak ditahan berkhalwat

Kota Bharu: Warga emas lelaki berusia 73 tahun sanggup memanjat siling rumah setinggi lebih satu meter bagi mengelak ditahan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) yang melakukan Ops Banteras untuk mencegah maksiat sempena Hari Malaysia, malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan warga emas itu berjaya dihidu apabila dia ditahan pada jam 11.45 malam kerana berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 40-an di sebuah rumah di bandar ini.

Warga emas berkenaan mendakwa ke rumah wanita itu untuk mengutip sewa rumah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, ketika diserbu seorang wanita membuka pintu sebelum pasukan membuat pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki warga emas memanjat siling rumah.

Beliau berkata, pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sementara itu, dalam operasi di hotel bajet di bandar ini turut menahan lima lagi individu yang berusia 20-an termasuk dua pasangan yang berada di dalam sebuah bilik, jam 5.10 pagi.

“Dua pasangan yang juga penuntut sebuah kolej mendakwa mereka menginap di hotel itu untuk membuat tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah.

“Penguat kuasa agama juga terpaksa menunggu lebih setengah jam sebelum pasangan terbabit membuka pintu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Bil (1) 2019.

Mohd Fadzuli berkata, operasi berkenaan akan diteruskan dan menasihatkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan maksiat. HM

Warga emas panjat siling elak ditahan berkhalwat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker