Peguam Negara perlu beri penjelasan – Zaid

Pendakwaan terpilih

Peguam Negara perlu beri penjelasan – Zaid

Andaian pendakwaan terpilih terhadap kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Najib Razak pasti terus berlegar dalam kalangan rakyat sekiranya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tidak tampil memberi penjelasan.

Peguam, Datuk Zaid Ibrahim berkata, rakyat tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun bekas pemimpin UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa di mahkamah.

“Kalau kita nak mengatasi tohmahan pendakwaaan terpilih, kita serahkan kepada Peguam Negara untuk perjelaskan mengapa ada yang dituduh dan ada yang tidak.

“Kes-kes yang ada kepentingan awam, beliau kena perjelaskan. Mana ada Peguam Negara tak boleh beri penjelasan. Rakyat juga berhak bertanya,” katanya seperti dipetik daripada video rakaman program Bicara Neraca.

Rakaman video tersebut disiarkan dalam laman Facebook veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini.

Beliau turut memberi perumpamaan seperti apa yang berlaku di Amerika Syarikat satu ketika dahulu di mana orang berkulit hitam yang dituduh mencuri atau merogol akan dihukum namun orang berkulit putih yang didakwa melakukan kesalahan serupa lazimnya terlepas dari tindakan undang-undang.

“Kita tak ada bukti (pendakwaan terpilih) tetapi andaian itu dapat dilihat,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid meminta para pemimpin dan ahli UMNO agar jangan berasa malu mempertahankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau memberitahu, tindakan itu bukan bermakna mereka mempertahankan penyalahgunaan kuasa dan rasuah namun sebaliknya mereka mahu penyiasatan, pendakwaan dan penghakiman yang telus.

“Dipimpin oleh orang-orang yang ada integriti, yang sebenar. Itu isu sebenar yang dibawa dalam kes ini,” katanya. MG

Peguam Negara perlu beri penjelasan – Zaid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker