DAP abang besar dalam PH – Nasrudin

DAP abang besar dalam PH – Nasrudin

DAP dikatakan menjadi ‘abang besar’ dalam Pakatan Harapan (PH) sekaligus meletakkan pakatan pembangkang itu di bawah telunjuk parti berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin-pemimpin PH tidak perlu buat-buat melenting dan acah-acah berasa hati terhadap artikel yang ditulis oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Menurut beliau, tulisan yang menjelaskan sebab Pas menolak PH itu adalah berasaskan pengalaman Abdul Hadi di pentas politik.



“Malah pengalaman saya di Parlimen juga dapat menyaksikan bagaimana perbahasan Ahli-ahli Parlimen DAP yang secara terang-terangan tidak menyembunyikan semangat mereka untuk bertentangan dengan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi berkata, pengalaman bersama parti-parti dalam PH yang didakwa menjadi tempat mereka yang anti-Islam dan anti-Melayu berkumpul menyebabkan Pas menolak untuk bekerjasama apabila dijemput sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tuduhan Abdul Hadi itu menimbulkan reaksi kurang senang pemimpin-pemimpin PH termasuk Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar.

Salahuddin berkata, Abdul Hadi membawa budaya menghina orang lain manakala Mahfuz mengecam Ahli Parlimen Marang itu kerana cuba menanamkan kebencian dalam kalangan rakyat terhadap PH.



Nasrudin menambah, artikel tersebut merupakan merupakan terjemahan pengalaman Pas yang berada dalam Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu dan setelah menyaksikan 22 bulan pemerintahan PH sebelum ini serta pemerintahan PH di Pulau Pinang, Perak dan beberapa negeri lain.

“PH sememangnya sebuah gabungan parti politik yang didominasi oleh DAP,” tegasnya.

Beliau turut menyarankan kepada semua pihak agar membaca artikel tulisan Abdul Hadi itu dengan teliti dan memahami realiti yang berlaku.

“Jangan sekadar baca tajuk. Ketepikan sentimen. Terutamanya bagi umat Islam agar penguasaan politik dan ekonomi negara tidak lagi jatuh ke tangan DAP,” jelasnya.



Nasrudin berkata, kebelakangan ini, PH menyasarkan Pas dan Abdul Hadi kerana mereka mula rasa tercabar dengan agenda perpaduan ummah yang diangkat secara konsisten oleh PAS.

“Saya yakin dan percaya, jika parti-parti umat Islam dan Melayu boleh mengetepikan sentimen perbezaan demi masa depan negara, maka tentu sahaja DAP-PH boleh perlahan-lahan melupakan dan menguburkan cita-cita mereka untuk menguasai negara ini,” katanya. MG

DAP abang besar dalam PH – Nasrudin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker