Nazri bimbang RUU untuk GEG jadi kes mahkamah

Nazri bimbang RUU untuk GEG jadi kes mahkamah

Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk mewujudkan Generasi Penamat (GEG) dan berkata, ia bertentangan dengan hak asasi manusia.

Katanya, beliau juga bimbang hak golongan muda untuk merokok disekat dan bakal mencabar undang-undang itu di mahkamah dengan alasan ia mencabul hak asasi mereka.



“Saya sebenarnya bukan perokok dan saya tak hisap vape cuma, keprihatinan saya ialah tentang hak asasi manusia iaitu kebebasan memilih. Masalahnya, kita tak haramkan rokok, kalau kita (tak haramkan), bermakna kita telah menentukan satu-satu generasi tak boleh merokok dan ini satu diskriminasi terhadap mereka.

“Saya setuju kalau kita haramkan terus rokok, bila kita haramkan, bermakna mereka tak boleh hisap rokok. Kita tak boleh diskriminasi, saya yakin ada budak berusia 18 tahun…dua tiga orang akan membawa kes ini ke mahkamah dan menuntut supaya menentukan sama ada hak asasi mereka telah dicabuli sebabkan ada akta ini,” katanya semasa membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata, beliau membangkitkan perkara itu bukan bermakna menyokong aktiviti merokok, sebaliknya melihat dari sudut undang-undang yang mana ia boleh dicabar.

“Saya percaya kalau perkara ini boleh dilaksanakan, negara lain sudah lama wujud GEG, puluhan tahun dulu sebelum kita, tapi disebabkan isu penguatkuasaan, hak asak dan banyak perkara lain, menyebabkan tak boleh dilaksanakan,” katanya.



Nazri juga bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal supaya RUU itu diperhalusi menerusi jawatankuasa teknikal Parlimen supaya ia tidak menimbulkan sebarang isu pada masa akan datang.

Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) pula menasihatkan rakyat terutamanya golongan B40 supaya mengubah budaya hidup dengan berhenti merokok kerana ia akan menyebabkan implikasi kewangan kepada golongan itu.

“Masyarakat kita ini kena didik supaya jangan merokok, kita pemimpin, kena didik mereka mengamalkan budaya baharu, kita tak boleh dengan cara lama kalau nak maju dan berjaya sesuai dengan zaman kemajuan.

“Di kampung dan di bandar, ada yang berpendapatan rendah pun merokok, menteri sebut golongan B40 merokok, mereka ada berpendapatan RM300, RM400 sebulan tapi merokok, kalau sehari RM30 atau RM40 untuk rokok, sebulan lebih RM600, setahun berapa ribu, lepas itu mengadu tak ada duit, nak belanja anak sekolah, nak beli buku, bayar yuran, tapi beli rokok ada duit, sanggup habiskan lebih RM500 sebulan, malah sanggup berhutang? Jadi, budaya ini perlu dihentikan,” katanya.



Tajuddin berkata, untuk berhenti merokok bukan sesuatu yang sukar kerana beliau sendiri mampu melakukannya sejak beberapa tahun lalu kerana yang penting perlu ada kesungguhan. FMT

Nazri bimbang RUU untuk GEG jadi kes mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)



‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker