Lelaki maut, Range Rover terbakar

BATU PAHAT – Seorang lelaki rentung dalam kebakaran selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan sebelum terbakar dalam kejadian di Batu 7, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini pada malam Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 10.54 malam.

Menurutnya, seramai 16 anggota dengan dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.



“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Range Rover dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti telah terbabas dan terbakar. Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kenderaan.

“Kemalangan telah mengakibatkan seorang mangsa iaitu lelaki dewasa berusia 42 tahun tersepit di bahagian pemandu dan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, dua lagi mangsa iaitu lelaki dewasa berusia 25 dan 28 tahun cedera dan berjaya dikeluarkan orang awam.

“Operasi menyelamat mangsa tamat pada jam 12.30 tengah malam,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker