Shah Rukh Khan tak jadi dibunuh

Shah Rukh Khan tak jadi dibunuh

PELAKON tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan pernah hampir menjadi mangsa bunuh oleh kumpulan gengster terkenal India, Abu Salem, namun dilepaskan kerana sikapnya yang dilihat terlalu baik.

Ujar aktor berusia 56 tahun itu, dia dihubungi Abu Salem yang mengancam untuk membunuhnya gara-gara menolak tawaran lakonan sebuah filem.



“Produser filem tersebut merupakan kenalan kepada Abu Salem. Saya terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem itu kerana sedang menjalani penggambaran Dil To Pagal Hai,” kata Shah Rukh Khan.

Gara-gara itu, Abu Salem yang juga merupakan individu bertanggungjawab menembak pelakon Bulshan Kumar tidak menyukai Shah Rukh Khan dan mengancam untuk membunuhnya.

Bagaimanapun, hasrat Abu Salem tidak kesampaian selepas dia ‘membuang’ nama pelakon itu daripada senarai untuk dibunuh kerana kebaikan, kejujuran dan komitmen pelakon itu dalam pekerjaan yang dicintai. K Online

Shah Rukh Khan tak jadi dibunuh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin



Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker