Tak Lama Lagi Selipar Botol Ini Dijangka Jadi Fesyen Jenama Mewah, Dulu Orang Miskin Je Pakai
Tak Lama Lagi Selipar Botol Ini Dijangka Jadi Fesyen Jenama Mewah, Dulu Orang Miskin Je Pakai
FOTO selipar botol yang dikongsi oleh seorang pereka digital dikenali sebagai Neon Dazer mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Ia dikatakan mirip rekaan selipar botol yang sebelum ini pernah dipakai oleh penduduk di negara miskin seperti Afrika.
Menurut Neon Dazer, ia merupakan foto rekaan konsep sahaja, namun dia tidak terkejut sekiranya jenama fesyen gergasi seperti Balenciaga akan menirunya tidak lama lagi.
Rekaan konsep oleh Neon Dazer meraih perhatian ramai.
“Apabila saya dapat idea rekaan ini, awalnya saya rasa lucu. Tapi saya tak terkejut sekiranya Balenciaga akan tampil dengan rekaan sebegini pada masa akan datang,” ujarnya di Instagram.
Seorang individu di ruangan komen turut senada dengan pereka itu dan berpendapat golongan kaya pasti akan membelinya atas dasar jenama semata-mata.
“Saya lihat di sini percubaan untuk meramal sejauh mana fesyen moden boleh pergi. Dari sudut rekaan, ia merupakan jenaka kepada budaya membeli secara berlebih-lebihan, bermakna orang kaya akan berbelanja besar untuk selipar ini semata-mata kerana label jenamanya.
“Pada masa sama, orang miskin yang tiada sumber akan membuat rekaan selipar sama kerana ia keperluan mereka. Konsep ini menunjukkan betapa mengarutnya dunia kita,” tulis seorang pelayar Instagram.
Foto rekaan konsep itu turut tersebar di laman Twitter sehingga mengundang pelbagai lagi reaksi netizen yang rata-ratanya tidak setuju jika ia benar-benar dihasilkan kelak.
Rekaan itu dikatakan mirip dengan selipar botol penduduk negara miskin.
“Pada saat ini, mereka tidak lagi menghormati gelandangan serta negara yang sedang menderita.
“Ini adalah ciptaan paling buruk saya pernah lihat.
“Baik ambil botol air mineral je,” tulis beberapa netizen di Twitter.
balenciagaaa plzzz pic.twitter.com/SibZHm0vbR
— R!NANA (@henrienamlle) September 2, 2022
Tak Lama Lagi Selipar Botol Ini Dijangka Jadi Fesyen Jenama Mewah, Dulu Orang Miskin Je Pakai
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.