Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery

Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery

Menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri selepas pilihan raya umum dan terbuka menentang Barisan Nasional (BN) di Melaka dan Johor, menjadi dua petunjuk jelas kenyataan PAS berhubung ‘rundingan gelap’ bersama Umno hanya sekadar “wayang”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Shabery Cheek, berkata PAS tidak pernah serius untuk bersama parti itu, selain kekal memilih musuh, Bersatu, yang dianggap ditubuh untuk “membunuh” Umno.

“Sebenarnya apakah PAS serius untuk bersama Umno atau hanya sekadar wayang. PRN (pilihan raya negeri) Melaka dan Johor bukti PAS tak pernah serius untuk bersama Umno dan memilih bersama musuh Umno, Bersatu untuk ‘bunuh’ Umno.

“PAS kelihatan langsung tak cuba memahami perasaan orang Umno yang ditikam berkali-kali oleh Bersatu dan masih ingin memaksa Umno menerima Bersatu,” katanya kepada FMT.

Ahmad Shabery berkata, timbul kesukaran mempercayai PAS mahu bekerjasama dengan Umno apabila mendakwa parti itu mengistiharkan mereka mahu Muhyiddin sebagai perdana menteri, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), bukannya Ismail Sabri Yaakob.

“PAS sudah mengistiharkan calon perdana menteri mereka selepas PRU15 iaitu Muhyiddin, sekali gus menolak Ismail sebagai perdana menteri sekarang.

“Tidak pasti dengan siapa PAS berunding dalam gelap, mungkin di kalangan yang menjadi jurucakap Bersatu dan mahukan Muhyididn kembali menjadi PM,” katanya.

Hari ini, FMT melaporkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, mendedahkan ‘rundingan gelap’ Muafakat Nasional (MN) antara partinya dan pemimpin tertentu Umno menyentuh keperluan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan (PH).

Katanya, PAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada PRU15 adalah PH dan bukannya Bersatu.

Pendedahan Hashim itu menyusuli kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan ketika mengesahkan perkara itu enggan mendedahkan siapa dan di peringkat mana dalam Umno perbincangan itu berlaku, namun pemimpin terlibat “mempunyai jawatan” dan berkeupayaan “mempengaruhi keputusan” pucuk pimpinan Umno. FMT

Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker