Dana RM320,000 untuk 4 pemenang utama AIM23
PETALING JAYA – Pertama kali dalam sejarah apabila empat pemenang kategori utama Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) tahun ini bakal menerima Dana Kandungan Digital atau DKD Industri Muzik berjumlah RM320,000 sebagai satu bentuk galakan dan insentif kepada penggiat industri muzik.
Empat kategori terbabit adalah Artis Baru Terbaik dan Lagu Terbaik yang masing-masing akan menerima RM50,000, manakala Video Muzik Terbaik pula bakal meraih RM20,000 dan RM200,000 pula menanti pemenang Album Terbaik.
Hadiah DKD disalurkan kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dalam membantu dan menggalakkan pengamal industri kreatif untuk menghasilkan, memasarkan dan mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya di pasaran tempatan serta antarabangsa.
Pemberian dana berkenaan juga membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam memupuk pertumbuhan industri kreatif, termasuk industri muzik yang berpotensi besar sebagai antara tonggak utama pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi digital baharu.
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM 23, Rosmin Hashim berkata, RIM amat menghargai dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan kerajaan kepada penggiat industri muzik tempatan.
“Selaras matlamat AIM untuk meningkatkan kualiti kandungan kreatif, inisiatif melalui DKD kepada empat pemenang kategori utama AIM ini akan menjadi pemangkin kepada penggiat industri muzik untuk menghasilkan karya kandungan kreatif berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa,” katanya.
Katanya, DKD yang diperuntukkan kepada pemenang kategori Artis Baharu Terbaik boleh digunakan untuk menghasilkan single yang lebih berkualiti, sekali gus meningkatkan pembangunan kerjaya artis tersebut.
Manakala, untuk Lagu Terbaik pula membolehkan penerima menghasilkan single dan video muzik baharu dengan kualiti pengeluaran lebih tinggi.
“Pemberian DKD kepada pemenang kategori Video Muzik Terbaik dan Album Terbaik pula menggalakkan penghasilan lebih banyak album berkualiti tinggi dan berpotensi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
“DKD ini akan diberikan melalui syarikat rakaman kepada pemenang agar pelaburan tersebut mencapai impak maksima dan produktif serta melibatkan pelbagai rantaian peluang pekerjaan dalam ekosistem industri muzik tempatan,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.