Ibu anjur majlis hari lahir anak bertema pemujaan syaitan

Dekorasi pada majlis hari lahir Lilith dikatakan bertemakan pemujaan syaitan. – TikTok

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang ibu di Mexico menjadi sasaran  kecaman netizen kerana  mengadakan majlis hari lahir anaknya yang berusia setahun bertemakan unsur syaitan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Janeth Zapata  berkongsikan rakaman video di laman TikTok yang memaparkan anaknya, Lilith menyambut hari lahir dengan memakai gaun berwarna hitam.

Video tersebut menunjukkan  dekorasi majlis berkenaan yang mendapat kecaman netizen.

Sambutan yang diadakan pada Julai lepas itu menggunakan dekorasi berwarna hitam dan merah jambu yang dikaitkan dengan pemujaan syaitan.



“Khabar angin mengatakan bahawa saya memakai baju paling cantik pada hari lahir saya,” demikian menurut keterangan pada klip  video tersebut.

Dalam beberapa gambar, Lilith dilihat bergambar bersama logo pentagram yang dikaitkan dengan pemujaan syaitan serta dipercayai digunakan dalam upacara ‘persembahan untuk syaitan’.

Kek kanak-kanak itu turut mempunyai lambang serupa di samping kek cawan dihiasi  logo sama.

Netizen yang menonton video tersebut mempertikai tindakan Janeth yang menggunakan hiasan bertemakan syaitan.



Seorang pengguna turut menyoal sama ada ia merupakan sambutan hari lahir bersifat kerohanian, manakala seorang lagi mendakwa bahawa ia merupakan satu bentuk ‘persembahan untuk syaitan’. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy



Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker