Geng Yoges samun warga asing tumpas

Ahmad Ridhwan (tengah) menunjukkan rampasan barangan kes samun.

KUALA LANGAT – Kegiatan haram Geng Yoges yang aktif menyamun di daerah ini sejak tiga bulan lalu tumpas dengan penahanan dua individu, baru-baru ini.

Kedua-dua lelaki tempatan berusia 31 tahun dan 46 tahun itu masing-masing dicekup berasingan di sekitar Banting pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penahanan itu dilakukan susulan kes seorang buruh warga asing berusia 32 tahun disamun di Bandar Sungai Emas pada 27 Ogos lepas.

Katanya, lelaki itu mendakwa suspek melarikan beg silang miliknya yang antaranya berisi dua telefon bimbit, salinan pasport dan wang tunai RM700.



“Bertindak atas maklumat, polis kemudian memberkas dua lelaki dalam dua serbuan berasingan bagi membantu siasatan.

“Ia kemudian membawa kepada rampasan disyaki hasil samun seperti enam telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM640 selain parang, pisau serta sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Ridhwan, semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau kes jenayah dan narkotik.

“Mereka direman selama tujuh hari dan ditahan di lokap Balai Polis Banting. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata,” ujarnya.



Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian tanah runtuh yang tular di kawasan lombong bijih besi di Labohan Dagang, Banting, baru-baru ini.

“Tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak setakat ini dan syarikat melombong memaklumkan tiada kecederaan dialami mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi



Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker