Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

Penerbit dan pelakon veteran, Datuk Yusof Haslam mendoakan yang terbaik buat menantunya, Puteri Sarah Liyana selepas timbul isu apabila pelakon itu ‘dijentik’ seorang individu.

Yusof berkata, dia bagaimanapun tidak dapat memberikan komen terperinci selepas berbincang dengan isterinya, Datin Patimah Ismail.

“Saya bincang dengan isteri saya dan dia nasihatkan supaya jangan komen apa-apa. Benda dah berlarutan. Biar dan serah kepada Sarah. Saya doakan yang terbaiklah. Kalau boleh, elaklah saman menyaman ini kerana tak ke mana pun saman menyaman ini.

“Tak manis untuk saya komen lebih-lebih sangat. Saya doakan yang terbaik untuk semua, termasuklah Syamsul dan cucu-cucu saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Yusof, dia dan isterinya bersyukur kerana perpisahan antara anaknya, Syamsul Yusof dengan Sarah berjalan secara baik pada 14 Jun lalu.

“Apa pun yang berlaku, kita bersyukur, Alhamdulillah kerana mereka sudah berpisah secara baik. Kita pun tidaklah menghina mana-mana pihak. Jangan kata kami nak menghina pihak sana atau apa. Tidak.

“Biar Allah menentukan takdir kita. Kalau takdir baik, Alhamdulillah baik. Bagi saya, biar semuanya selesai secara baik dan takdir menentukan segalanya,” katanya.

Ditanya, sama ada dia dan isteri masih menghubungi Sarah, Yusof berkata, mereka berhubung melalui WhatsApp dan sentiasa menitipkan kata-kata semangat buatnya.

“Saya dah sebulan tak jumpa Sarah, tapi ada hubungi melalui WhatsApp. Apa yang boleh saya doakan, saya cakap kepada dia, sabar.

“Kita tak boleh nak mengelak kecaman atau kutukan. Bahkan ahli politik pun kena kutuk dalam zaman sekarang. Cumanya, jangan dilayan untuk elakkan ia berpanjangan,” katanya. HM

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker