Syria pintas peluru berpandu milik Israel

Sebaran :

Sistem pertahanan udara Syria berjaya memintas peluru berpandu milik negara pengganas Israel di ruang udara luar bandar Homs, lapor media rasmi negara itu hari ini.

Serangan negara tidak diiktiraf itu menyebabkan sekurang-kurangnya enam anggota tentera cedera dan beberapa kerosakan material.

Serangan berlaku sekitar jam 9:33 malam waktu tempatan, lapor agensi berita rasmi Syria memetik sumber ketenteraan.

“Israel melakukan serangan udara dari arah kawasan ketenteraan Al-Tanf dengan letupan peluru berpandu ke arah lapangan terbang tentera T-4 di wilayah tengah,” kata sumber.

Katanya lagi, pertahanan udara negara telah memintas sebahagian besar peluru berpandu.

Bagaimanapun, Israel enggan mengulas mengenai serangan tersebut.

Wilayah Homs bersebelahan dengan Lubnan, di mana kumpulan syiah Lubnan, Hizbullah yang disokong Iran berkuasa di sepanjang sempadan. – Agensi

Syria pintas peluru berpandu milik Israel


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya


Sebaran :

Leave a Reply