Lebih banyak aktiviti sukan, riadah akan dibenar, kata PM

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi bayangan akan membuka lebih banyak aktiviti sukan dan riadah selepas kelonggaran pertama yang diberikan 9 September lepas.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata sejak kelonggaran itu, aktiviti sukan semakin rancak apabila lebih 1.4 juta peserta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan termasuklah sukan bermotor dan sukan ekstrem.

“InsyaAllah akan lebih banyak keizinan yang bersesuaian dengan faktor kesihatan akan diberikan pada masa hadapan.

“Sebab itu, sepanjang tempoh bersukan dan beriadah, teruslah mematuhi SOP yang ditetapkan, demi nyawa dan kesihatan seluruh Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 2021 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu dan Timbalannya, Ti Lian Ker.

Sementara itu, Ismail berkata kerajaan sedang menggubal tiga hala tuju sukan negara iaitu Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan, Program Talent Identification and Development dan Pelan Tindakan Industri Sukan Negara.

Beliau berkata Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan dilancarkan hari ini merupakan satu dokumen komprehensif yang menggariskan objektif, strategi dan inisiatif yang terancang ke arah memperkasa penglibatan penyertaan wanita.

Ismail juga berkata Pelan Tindakan Industri Sukan Negara pula yang bersifat komprehensif dan kompetitif itu bertujuan menjadikan sukan sebagai sumber baharu dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, seiring perkembangan di peringkat global.

“Pelan ini amat wajar dibentuk setelah mengambil kira analisis berasaskan data ekonomi dunia yang menunjukkan nilai pasaran global sukan mencecah hampir AS$388.3 bilion pada 2020 dan dijangka terus positif berkembang dan mencecah AS$599 bilion pada 2025.

“Data yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 2020 pula menunjukkan seramai 32.7 juta rakyat telah membelanjakan RM430 juta bagi tujuan sukan dan riadah,” katanya.

Ismail berkata pelan tersebut merupakan sebahagian daripada hala tuju perancangan dan pembangunan sukan yang sedang dibentuk KBS melalui Visi Sukan Negara
2030.

Lebih banyak aktiviti sukan, riadah akan dibenar, kata PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRN Melaka Tidak Boleh Ditangguhkan, Jika Tangguh Menjadi penyelewengan Perlembagaan Dan Mengancam Demokrasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker