Resepi Bihun Goreng Siam Sawadee

Resepi Bihun Goreng Siam Sawadee

Resepi kali ini ialah resepi yang paling kerap dihidang diwaktu pagi. Sarapan berat yang tinggi karbohidrat untuk tenaga sepanjang hari. Namun kini bihun goreng menjadi salah satu pilihan menu sarapan pagi. Malah ia juga menjadi pilihan menu dimajlis-majlis.

Bihun goreng mempunyai banyak versi. Ada bihun goreng biasa,bihun goreng singapore, bihun goreng kicap, bihun goreng putih dan bihun goreng siam. Resepi ini yang akan Madam kongsikan kali ini. Resepi bihun goreng siam kerana walaupun namanya begitu, sebenarnya bahan-bahannya hampir sama dengan bahan bihun goreng biasa.

Mari lihat resepi dan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Bihun sebungkus ( rendam dengan air paip)

Bahan-bahan kisar

Bawang besar 1 labu saiz sederhana
Bawang putih 2 ulas
Cili kering segenggam (rebus dan kisar halus)
Udang kering 1 sudu makan (rendam sebelum dikisar)

Bahan-bahan rencah

Taucu 3 sudu makan
Tauge 50 sen
Daun kucai secukupnya
Isi ayam dari seketul daging ayam bahagian dada
Udang basah 10-15 ekor

Kaedah

Panaskan kuali, gunting bihun yang telah direndam agar mudah untuk digaul nanti.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
Tunggu sehingga naik minyak, baru masukkan udang dan ayam. Gaul rata.
Tambahkan garam dan serbuk perasa serta gula secukup rasa ( garam kurangkan sikit kerana kita akan tambahkan taucu)
Apabila semua telah serasi, masukkan taucu dan gaul rata.
Kemudian masukkan bihun yang masih keras tadi. Tambahkan air, serta kacau agar semuanya sebati.
Masak sehingga bihun lembut, tambah sedikit air jika perlu. Goreng hingga semuanya mesra.
Bihun kini siap digoreng. Bolehlah dihidang dengan hirisan cili merah, tauhu goreng, bawang goreng dan hirisan daun bawang.

Hanyalah perbezaan bihun goreng siam ini ialah penggunaan taucu. Taucu ini menambahkan satu aroma yang unik dan rasanya juga sedikit berbeza.

Apapun, bagi peminat bihun anda pasti akan suka pada rasanya,jadi anda haruslah mencuba resepi ini.

Resepi Bihun Goreng Siam Sawadee


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker