Jangan keterlaluan – Elizabeth Tan
Jangan keterlaluan – Elizabeth Tan
Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, 28, mendedahkan masih berdepan gangguan daripada individu yang tidak dikenali di media sosial, meskipun kebanyakan mereka maklum statusnya sebagai isteri orang.
Penyanyi lagu Semua Sudah itu berkata, kebanyakan gangguan yang bersifat keterlaluan dan tidak bermoral itu dihantar menerusi Direct Message (DM) di Instagram.
“Macam-macam benda yang saya terima. Gambar tidak senonoh pun ada.
“Saya tidak akan layan, sebaliknya hanya gelakkan sahaja. Selagi boleh bersabar, saya cuba untuk tidak mengambil endah.
“Saya hanya akan melenting apabila ada pihak bertindak keterlaluan sehingga menghina kaum atau agama orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini berkata, dia enggan ambil pusing terhadap gangguan seksual yang menjengah di ruangan komen atau mesej media sosialnya.
“Selagi perbuatan mereka tidak mengancam keselamatan, saya okey. Namun, itu tidak bermakna mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.
“Setiap orang ada hak bersuara di media sosial. Jika mereka berpendapat saya seksi, itu hak mereka kerana saya tidak rasa begitu,” ujarnya. Utusan
Jangan keterlaluan – Elizabeth Tan
Baca Artikel Menarik:
- Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok berentap dalam GV9
- OctaFX Disenarai Amaran Dari Bank Negara, Aliff Syukri, Fizo Omar Dan Wak Doyok Sakan Promote [VIDEO]
- PH terasa bahang tulisan Hadi kerana dikelilingi pemberi rasuah – Zuhdi
- Sudah label macam-macam, boleh ke Pas bekerjasama dengan UMNO? – Asyraf
- Hanya UMNO boleh dedahkan kerosakan dilakukan Mahathir pada Malaysia
- Najib fail semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan
- Perak negeri pertama beri lesen memandu percuma
- Mak Jenny dengan rezeki RM5 juta
- Penduduk cemas Kampung Iboi dilanda kepala air
- Zaid bidas Tommy Thomas
- Ustazah Asma Tegur Influencer Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Beza Agama
- Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah (Video)
- ‘Terima kasih… tapi pisau itu masih berdarah’, Shabery sindir PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis