Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyifatkan denda lebih RM1 bilion terhadap Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor bagaikan “hukuman mati” untuk keluarga mereka.
Puad Zarkashi berkata denda berkenaan tanpa belas ihsan dan bukan saja akan memiskinkan keluarga itu malah mereka pasti tidak akan mampu untuk “bernafas”.
“Itu belum lagi kes denda LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sebanyak RM1.7 bilion (untuk Najib dan anaknya Nazifuddin),” katanya.
Semalam, peguam Rosmah Jagjit Singh mengkritik denda RM970 juta terhadap anak guamnya sebagai sesuatu yang “tidak pernah berlaku sebelum ini”.
Rosmah didapati bersalah bagi rasuah berkaitan projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap beliau.
Minggu lepas, Najib telah disahkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta berkaitan kes SRC International oleh Mahkamah Persekutuan.
Beliau sebelum ini didakwa atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta dana milik SRC International.
Bagaimanapun, Puad berkata beliau yakin Najib, Rosmah dan anak-anak mereka akan terus “tabah berjuang untuk mencari keadilan”.
“Najib, Rosmah dan keluarganya tahu rakyat tetap bersama mereka. Najib tidak akan terperangkap untuk menghasut rakyat melakukan rusuhan seperti orang lain.
“Betul, Najib, Rosmah dan keluarganya tidak akan mampu membayar denda tersebut, tetapi rakyat akan membayarnya melalui peti undi. Rakyat tahu, Najib dan keluarganya tetap tabah.” FMT
Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
Baca Artikel Menarik:
- Tanya Raja Petra – Hamzah
- Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa (Video)
- Lyodra bakal menjadi diva
- Kenapa Rafizi tak bongkar projek terowong, kenapa ia ghaib – Puad
- Pemuda beritahu pemimpin PAS, tunjuk siapa lawan mereka
- Izham tiada adab – Noh
- Terjun tingkat 21 selepas berselisih faham dengan teman wanita
- Gambar ‘gunung berapi mahu meletus’ di Ipoh, jadi kenangan terindah
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Peguam negara perlu letak jawatan berkait surat pada hakim
- Rakan Sepasukan Dipaksa Lakukan Seks Oral Akibat Kalah Pertaruhan
- Ahli Perniagaan Dalam Buruan Jho Low Bersembunyi Di Disneyland Shanghai? [VIDEO]
- Tuan Ibrahim semakin galak ‘menyerang’ UMNO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi
You must be logged in to post a comment.