Juang vs Abang Long Fadil 3

Juang vs Abang Long Fadil 3

Sejak diperkenalkan pada 2014, filem Abang Long Fadil berjaya menarik perhatian ramai sebaik melihat aksi lincah dan bertenaga yang dibawakan pelakon utamanya, Zizan Razak.

Siapa sangka penantian peminat untuk menyaksikan edisi ketiga Abang Long Fadil akhirnya tercapai apabila filem arahan Syafiq Yusof itu bakal menemui penonton bermula 8 September ini.



Berpeluang menghadiri Malam Gala Abang Long Fadil 3 di TGV Suria KLCC baru-baru ini, ramai berpendapat penonton bakal menyaksikan transisi lebih berwibawa dan menarik yang dipersembahkan setiap pelakon pada edisi kali ini.

Lebih mengujakan, Zizan yang memegang watak Fadil sekali lagi berjaya membawakan karakter itu dengan berkesan sekali gus akan membuatkan penonton yang hadir ‘pecah perut’ serta kagum dengan aksi pertarungan yang ditonjolkan.

Zizan berkata, segala penat lelah dan pengorbanan yang dilalui akhirnya terbayar apabila melihat sentuhan hebat Syafiq dalam menyiapkan filem itu.

“Daripada awal saya masuk industri seni saya tidak akan menonton filem lakonan saya lebih awal sebab nak lalui perasaan yang sama dengan penonton yang datang ke malam gala.



“Alhamdulillah saya berpuas hati dan sangat berbangga dengan hasil kerja Syafiq yang cukup teliti dan berjaya menyiapkan sebuah naskhah yang hebat seperti ini.

“Walaupun setiap babak pertarungan mengambil masa lama kerana Syafiq inginkan babak itu sempurna, tapi saya tak pernah rasa letih atau tertekan walaupun penggambaran dijalankan pada bulan puasa.

“Saya akui banyak peristiwa dan dugaan yang perlu ditempuh ketika menyiapkan filem ini. Antaranya penggambaran berakhir sekitar jam 8 pagi selain kereta milik saya dan pembantu terbabit kemalangan.

“Walau bagaimanapun segala usaha dan masa yang dipertaruhkan akhirnya dibalas dengan sebuah karya yang saya sendiri ternanti-nantikan apakah babak seterusnya. Selalunya kalau saya menonton filem di rumah, saya akan ‘pause’ sekejap tapi filem ini membuatkan saya tidak mahu berganjak kerana nak tahu apakah kesudahannya,” katanya.



Tambah Zizan, sebagai tonggak utama filem Abang Long Fadil, dia mengaku kagum dengan idea dan kreativiti Syafiq dalam berkarya.

“Untuk edisi ketiga ini saya lebih suka watak Fadil ini kerana ditimpa dengan pelbagai masalah. Syafiq memiliki kreativiti yang luar biasa dan jalan ceritanya ada graf yang pengarah lain tiada.

“Menerusi filem ini saya dapat lihat banyak ‘plot twist’ yang dibangkitkan Syafiq sehingga kita sendiri terfikir-fikir siapakah watak antagonis dalam filem ini. Selain itu, saya juga harus memuji hasil kerja Syafiq yang begitu kemas dan antara yang terbaik,” katanya Syafiq juga memberi ‘lampu hijau’ untuk dia berkongsi idea dan penambahbaikan.

Selain Zizan, Abang Long Fadil 3 menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.



Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini menjanjikan aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.

Melihat filem tempatan yang semakin rancak di pawagam, Zizan dilihat bertuah apabila dua karya lakonannya iaitu Abang Long Fadil 3 dan Juang bakal menemui penonton September ini.

Bagaimanapun wujud kerisauan apabila dua filem itu jatuh pada tarikh yang sama sekali gus memberi tekanan dan kejutan kepada dirinya sebagai pelakon.

“Ia amat mengejutkan saya dan tak tahu apa nak buat daripada segi nak promosi filem mana terlebih dahulu.



“Tetapi mahu atau tidak kedua-dua filem ini adalah tanggungjawab untuk saya perkenalkan kepada peminat. Saya juga bernasib baik kerana dua filem ini adalah genre yang berbeza.

“Bagi saya, kedua-dua filem ini memiliki kekuatan yang tersendiri. Jadi saya harap orang ramai dapat memberi sokongan terhadap dua filem ini,”katanya.

Kesihatan

Menjengah usia 38 tahun, Zizan mengaku semakin menitikberatkan soal penjagaan kesihatan supaya tidak diserang penyakit yang boleh memudaratkan diri.



“Saya perasaan bila saya kurang tidur atau tidak mendapat rehat secukupnya saya akan jatuh sakit. Susah untuk saya terangkan masalah yang saya hadapi ini.

“Walaupun bayaran kerja yang saya dapat kadangkala mengejutkan (lumayan) tapi bila habis penggambaran saya diserang anxiety dan murung sehingga tak tahu duit yang saya dapat untuk apa.

“Sebenarnya saya pernah ditahan di hospital beberapa kali sebab mengalami risau terlampau sehingga mengakibatkan saya berasa takut dan sesak nafas. Saya pernah pergi ke Institut Jantung Negara untuk mendapatkan rawatan namun doktor beritahu saya okey.

“Doktor nasihatkan saya untuk rehat dan tak sangka cara itu berhasil. Kini saya sangat menjaga waktu bekerja kerana pengalaman keluar masuk hospital sebab sesak nafas memang mengganggu mental,” katanya. HM

Juang vs Abang Long Fadil 3


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker