Mira Filzah menangis baby tiga bulan positif COVID-19

Mira Filzah menangis baby tiga bulan positif COVID-19

Aktres popular, Mira Filzah berkongsi pengalaman cemas apabila anak lelakinya, Wan Khair Amir yang baru berusia tiga bulan disahkan positif COVID-19, dua minggu lalu.

Berkongsi ujian dihadapinya, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, berkata dia jadi tidak tentu arah dan menangis sebaik mengetahui bayinya dijangkiti virus berbahaya.



“Saya tergerak hati membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukaran untuk bernafas dan mata berair. Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu.

“Secara kebetulan, keluarga saya turut disahkan positif COVID-19. Enggan mengambil risiko, saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata, positif COVID-19.

“Sebagai ibu, saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan. Kita yang dewasa pun rasa sakit apabila hidung dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan,” katanya kepada BH Online.

Meskipun melalui pengalaman mendebarkan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda reda dan menyifatkan situasi itu adalah norma baharu yang perlu dihadapi sesiapa sahaja.



“Saya percaya kalau bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang Amir akan terkena juga jangkitan virus ini.

“Alhamdulillah, Amir tidak mengalami simptom teruk dan hanya perlu menjalani kuarantin di rumah sahaja,” kata Mira yang turut dijangkiti COVID-19 selepas anaknya pulih.

Mira bergelar ibu pada 10 Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020. BH

Mira Filzah menangis baby tiga bulan positif COVID-19




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)



Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker