Baru kahwin dah kena fitnah

Baru kahwin dah kena fitnah

Memilih penyanyi popular, Aizat Amdan, 33, sebagai suami, Elyssa Alia Ilias, 34, turut terkena tempias apabila menerima ejekan tubuh dan tohmahan tidak sepatutnya.

Terkilan dengan fitnah dilemparkan, Elyssa berkata, dia terbuka menerima teguran, namun, mengingatkan netizen jangan bersikap biadap hingga mengheret ibu bapanya.

“Saya tak kisah netizen nak tegur perangai atau wajah saya, tetapi jangan sentuh soal tubuh badan.



“Bagi saya, kita tak boleh menghakimi seseorang dari segi pakaian.

“Saya juga berharap apabila bertemu Aizat, jangan tegur badannya sudah berisi. Tiada sesiapa suka mendengar teguran seperti ini.

“Mungkin ia tidak terkesan bagi anda, tetapi kita tak tahu penerimaan orang lain. Jujurnya, saya terkejut apabila terima teguran mengenai tubuh badan saya,” katanya kepada BH Online.

Bagi Elyssa, setiap wanita tidak adil dihakimi menerusi luaran, justeru, teguran mengenai penampilan disifatkan sebagai satu perkara biadap.



“Bagi saya, semua wanita ada penampilan tersendiri, jadi, mengapa perlu menjadikan tubuh badan sebagai isu.

“Saya tak kisah jika tak suka kerana tidak pernah memaksa seseorang menyukai saya. Namun, jangan memberikan komen biadap dalam laman Instagram saya, itu tidak adil.

“Jika tak senang melihat apa yang saya pakai, jangan tengok. Jangan mengatakan benda menyakitkan hati sampai mengaitkan ibu bapa saya,” katanya.

Elyssa berkata, dia kecewa apabila segelintir netizen menuduh bapanya tidak mengajar solat disebabkan pernah mengeluarkan kenyataan tertarik hati ketika Aizat menjadi imam.



“Netizen tidak faham maksud di sebaliknya. Saya okay, tetapi mungkin ibu bapa tidak boleh menerimanya.

“Saya pantang orang mengacau keluarga saya. Tidak mengapalah nak cakap saya bodoh atau bangang, tetapi tolong jangan sentuh keluarga atau tubuh badan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Elyssa mengakui kekurangan diri, namun, sedang berusaha menjadi wanita lebih baik.

“Saya minta maaf sekiranya pakaian saya tidak elok, macam tak cukup kain. Saya mengakuinya, tetapi saya cuba menjadi insan lebih baik.



“Dan, saya percaya ia semuanya lahir dari hati. Kalau pakai tudung, tetapi tidak solat, biadap dan sebagainya, itu lebih teruk,” katanya.

Aizat berkata, ini adalah masa untuk bersuara menyatakan teguran mengenai tubuh badan tidak okay.

“Saya akui teguran soal tubuh tidak okay. Namun, saya minta maaf jika ada kekurangan daripada saya dan Elyssa kerana kami juga tidak sempurna serta sentiasa melakukan kesilapan.

“Kami akan cuba menjadi lebih baik. Elyssa juga baru sahaja bergelar isteri saya, jadi perlu berhadapan dengan masyarakat dalam apa sahaja tindak tanduk dilakukan.



“Tetapi, tolong berlemah-lembut kerana masih banyak yang perlu kami pelajari,” katanya.

Terdahulu, Aizat dan Elyssa sah bergelar suami isteri di sebuah premis acara di Puchong, minggu lalu. BH

Baru kahwin dah kena fitnah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker