Pengunjung panik premis Ikea diarah tutup serta-merta akibat COVID-19
Pengunjung panik premis Ikea diarah tutup serta-merta akibat COVID-19
Pengunjung sebuah pasar raya perabot terkemuka di China panik dan cuba meluru keluar apabila premis itu diarahkan tutup serta-merta akibat jangkitan COVID-19.
Dalam kejadian pada Sabtu, pasar raya Ikea di Shanghai diarah tutup selepas pihak berkuasa kesihatan bandar menemukan bukti kontak rapat kes COVID-19 di lokasi.
Beberapa video di media sosial menunjukkan pelanggan menjerit dan menolak antara satu sama lain dalam cubaan melarikan diri dari bangunan itu sebelum pintu ditutup.
Difahamkan pengunjung yang tidak sempat keluar terpaksa menjalani kuarantin di kem tahanan.
Dalam taklimat akhbar pada Ahad, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai, Zhao Dandan berkata kedai dan kawasan terjejas akan berada di bawah pengurusan ‘lingkaran tertutup’ selama dua hari.
Mereka yang berada di dalam lingkaran itu perlu menjalani kuarantin dua hari di fasiliti kerajaan dan pengawasan kesihatan selama lima hari.
Pada Isnin, pihak berkuasa kesihatan bandar itu melaporkan enam kes COVID-19 tempatan di Shanghai, di mana lima daripadanya tidak menunjukkan gejala.
Pasar raya Ikea di daerah Xuhui di Shanghai ditutup untuk sementara pada Ahad dan Isnin sebagai reaksi kepada “garis panduan pencegahan wabak” oleh pihak berkuasa dan dibuka semula pada Selasa, lapor CNN.
Shanghai, ibu kota kewangan China dengan populasi 25 juta, menjalani perintah berkurung selama dua bulan awal tahun ini.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila penduduk melaporkan kesukaran memesan barang keperluan harian termasuk makanan dan ubat-ubatan.
Perintah berkurung dikenakan di bawah polisi tegas ‘Sifar-COVID’ China, yang bergantung kepada ujian besar-besaran, kuarantin secara meluas, dan perintah berkurung di seluruh bandar untuk menghapuskan penularan semula virus. Awani
Pengunjung panik premis Ikea diarah tutup serta-merta akibat COVID-19
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa bapa tak ajar solat, isteri Aizat mohon jangan ‘judge’
- Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin
- Tak perlu tanam semula, pokok hutan akan tumbuh sendiri – Sanusi
- Wan Saiful meroyan sebab jawatan
- ‘Misteri’ batu nisan dicabut, gelandangan di Sibu ditahan
- Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti
- Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran
- Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled
- Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
- Guru siram pelajar tidur dalam kelas
- Penyiasat paranormal dedahkan kewujudan hantu di setiap rumah
- Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah
- Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)