GDL tidak akan dikenakan kepada rider

GDL tidak akan dikenakan kepada rider

Hampir dua jam sesi dialog dan perbincangan diadakan antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan wakil Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR). Malah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri juga turut hadir.

Antara persetujuan yang dicapai:

1. Lesen Vokasional Good Driving Licence (GDL) tidak akan dikenakan kepada penunggang (rider) penghantar P-Hailing. Malah Menteri menjelaskan salah faham yang berlaku akibat kesilapan pelaporan media.

2. Satu mekanisme pendaftaran vokasional baharu yang tidak akan membebankan penghantar akan diperkenalkan. Ini termasuk memberikan moratorium atau caj yang paling minima dan nominal. Rekod ini penting bagi memastikan Kerajaan punya mekanisme untuk menyalurkan apa jua bantuan secara efektif dan melakukan kawal selia aspek kebajikan penghantar.

3. Wakil Persatuan PENGHANTAR Malaysia akan dilibatkan dalam sebarang Task Force atau libat urus Kementerian yang melibatkan pindaan Akta-Akta berkaitan menyentuh hak, kebajikan dan kepentingan rider penghantar.

4. Kementerian bersetuju untuk mengambil kira Pelan Penambahbaikan Eko-Sistem Ekonomi GIG P-Hailing yang dibangunkan bersama oleh Pemuda UMNO, PENGHANTAR dan MTUC. Antara lain cadangan termasuk:

(a) Penetapan Harga Lantai Kadar Upah Bayaran Perkhidmatan Pengambilan dan Penghantaran Pesanan.
(b) Menggesa Syarikat-syarikat Penyedia (Grab, Foodpanda, Lalamove dll) menambah baik Sistem Peta Digital di Aplikasi Syarikat Penyedia supaya jarak perjalanan adalag selaras dengan sistem peta aplikasi di Google atau Waze.
(c) Meningkatkan Pelan Keselamatan operasi Rakan Penghantar P-Hailing seperti muatan barangan yang dibawa, tempoh masa yang ditetapkan dalam penghantaran makanan dan barangan.
(d) Menggesa Syarikat Penyedia memberi perlindungan kemalangan dan telus dalam terma dan syarat tuntutan.
(e) Mewajibkan semua rider penghantar mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO dengan Kerajaan memberi insentif sebanyak 80%.

5. Akhir sekali Menteri juga menyokong dengan Resolusi utama Persidangan Meja Bulat yang dianjurkan Pemuda UMNO Malaysia dengan wakil-wakil Penghantar seluruh Malaysia pada 20 September 2021. Antara 3 Resolusi utama:

i) Mencadangkan status individu yang terlibat di dalam industri e-hailing & p-hailing diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan akta-akta berkaitan.
ii) Mewujudkan sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan-peraturan (regulations) yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar bagi menjamin kebajikan, keselamatan dan hak semua.
iii) Memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial (KWSP & PERKESO) buat penghantar-penghantar di Malaysia.

Di penghujung sesi dialog juga, saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, PENGHANTAR dan MTUC menyerahkan Pelan Penambahbaikan Eko-Sistem Ekonomi GIG P-Hailing Penghantaran Barangan dan Makanan kepada YB Menteri Pengangkutan.

InsyaAllah Pemuda UMNO melalui Sekretariat Pekerja Muda yang dipengerusikan Sdr.Fairuz Jamaludin Ledang akan terus memantau segala yang dipersetujui demi memastikan hak, kebajikan dan keselamatan anak-anak muda yang terlibat dalam industri P-Hailing dan E-Hailing ini sentiasa terbela dan terpelihara.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

GDL tidak akan dikenakan kepada rider


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker