Peniaga didenda RM700 jual sushi tercemar

Peniaga didenda RM700 jual sushi tercemar

Peniaga didenda RM700 jual sushi tercemar

SETIU: Seorang peniaga makanan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjual sushi tercemar dengan bakteria berbahaya.

Tertuduh, Khairul Fazlan Ab Aziz, 33, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menjual makanan sedia dimakan iaitu Sushi Miniroll Chicken Floss kepada seorang pegawai berkuasa di Bazar Ramadan Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, kira-kira jam 4.50 petang, 22 Februari lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Nik Muhammad Hanif Nik Abdull Halim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nik Muhammad Hanif dalam pendakwaannya berkata tindakan penguatkuasaan diambil bagi memastikan hidangan yang dijual kepada orang ramai mematuhi piawaian keselamatan makanan.

Peniaga didenda RM700 jual sushi tercemar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker