Selepas rugi RM50,000, seorang lagi kontraktor lesap RM152,550 angkara ‘Nik Sahril’
Selepas rugi RM50,000, seorang lagi kontraktor lesap RM152,550 angkara ‘Nik Sahril’

KUALA TERENGGANU: Sindiket penipuan yang menggunakan nama ‘Nik Sahril’ bagi menawarkan tender projek kerajaan sekali lagi memperdaya mangsa apabila seorang kontraktor elektrik mengalami kerugian RM152,550 selepas terpedaya dengan tawaran projek tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 68 tahun membuat laporan polis pada jam 2 petang semalam selepas menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan oleh individu berkenaan.
Katanya, mangsa menerima e-mel pada 14 Julai lalu daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dikenali sebagai ‘Nik Sahril’.
Menurutnya, individu itu menawarkan projek pemasangan lampu solar di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu.
Beliau berkata, selepas berminat dengan tawaran berkenaan, mangsa menghubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diminta menghantar profil syarikat bagi tujuan semakan dan pendaftaran.
“Beberapa hari kemudian, mangsa sekali lagi dihubungi dan ditawarkan projek membekalkan alat jana kuasa kepada KPKT di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha
- BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry
Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim
Azli berkata, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuat dua pembayaran ke akaun syarikat yang berbeza bagi urusan pembekalan sembilan unit alat jana kuasa.
Katanya, pada 22 Julai lalu, mangsa memasukkan wang sebanyak RM50,850 ke akaun sebuah syarikat sebelum membuat pembayaran kedua berjumlah RM101,700 ke akaun syarikat lain pada keesokan harinya.
“Suspek berjanji mangsa akan menerima bayaran projek berjumlah RM252,000 dalam tempoh enam hari.
“Bagaimanapun, mangsa mula curiga selepas mendapatkan nasihat daripada pihak audit yang sering menguruskan urusan syarikatnya sebelum dimaklumkan bahawa tawaran itu dipercayai adalah satu penipuan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian cuba menghubungi suspek, namun gagal sebelum tampil membuat laporan polis.
Katanya, wang yang digunakan bagi membuat pembayaran itu adalah milik syarikat mangsa dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Sokongan Rakyat Terus Mengukuh, Mohd Zaidy Yakin BN Raih Kepercayaan
- Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti
Azli berkata, siasatan awal mendapati kes berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan satu lagi kes penipuan yang dilaporkan sebelum ini di daerah sama.
Media semalam melaporkan seorang kontraktor kerugian lebih RM50,000 selepas terpedaya dengan tawaran tender tidak wujud daripada individu yang turut memperkenalkan diri sebagai ‘Nik Sahril’ dari KPKT.
“Polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua kes didalangi individu atau sindiket yang sama dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
Selepas rugi RM50,000, seorang lagi kontraktor lesap RM152,550 angkara ‘Nik Sahril’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan
- ‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal
- Mesyuarat UMNO Kota Melaka Medan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16
You must be logged in to post a comment.