Budak autistik maut terjatuh tingkat 13: Ibu tak sedap hati tingkap tak berkunci, tiada jeriji
Budak autistik maut terjatuh tingkat 13: Ibu tak sedap hati tingkap tak berkunci, tiada jeriji

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak perempuan autistik yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 bangunan pangsapuri di Ladang Tok Pelam, di sini pagi ini, dikatakan beberapa kali membuka tingkap kediaman itu yang tidak berkunci sebelum insiden berkenaan.
Menurut ibunya, Nor Azera Ismail, 36, keadaan itu menyebabkannya terpaksa mengikat tangannya dan mangsa, Nur Muazzah Aisyah menggunakan tali riben sebelum mereka tidur.
Terdahulu, katanya, dia pada mulanya mahu menukar pangsapuri disewa itu dengan kediaman lain selepas mendapati tingkap premis terbabit tidak berkunci dan tidak berjeriji.
“Kita mula rasa tidak sedap hati apabila mendapati tingkap tidak berkunci dan tidak berpagar (berjeriji). Pada mulanya nak telefon pemilik inap desa untuk tukar pangsapuri lain, tetapi tak jadi disebabkan sudah tengah malam,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha
- BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry
Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim
Nor Azera datang ke sini dari Kampung Lepah, Selising, Pasir Putih, Kelantan bersama suami, Mubi Mat Husin, 38, tiga anak dan anak saudara untuk menghadiri seminar keusahawanan hari ini. Mereka tiba kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Ibu tiga anak itu yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), memberitahu dia membuka ikatan riben pada tangannya dan Nur Muazzah Aisyah kerana mahu mandi sebelum kejadian berkenaan.
“Ketika saya keluar untuk mandi, anak masih nyenyak tidur, namun sedang saya bersiap di ruang tamu inap desa selepas mandi, kira-kira jam 7 pagi ada penghuni lain datang bertanya sama ada saya ada anak perempuan.
“Saya terus bergegas menjenguk ke luar tingkap dan mendapati anak dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri di tingkat enam di kawasan letak kereta,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Sokongan Rakyat Terus Mengukuh, Mohd Zaidy Yakin BN Raih Kepercayaan
- Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti
Katanya, jenazah Nur Muazzah Aisyah dijangka dibawa pulang ke rumah mereka di Kelantan selepas bedah siasat untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Lepah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan polis menerima laporan berkenaan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Budak autistik maut terjatuh tingkat 13: Ibu tak sedap hati tingkap tak berkunci, tiada jeriji
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan
- ‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal
- Mesyuarat UMNO Kota Melaka Medan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16
You must be logged in to post a comment.