Putra tak kisah Hamidah Osman keluar parti, ‘pemimpin datang dan pergi’

Keputusan naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Hamidah Osman dan Ahli Dewan Tertinggi Ahmad Hasbullah Alias keluar parti tidak menjejaskan momentum dan gerak kerja parti, kata Borhan Ahmad Zakaria.

Malah, setiausaha agung Putra itu berkata mereka menyambut baik langkah Hamidah dan Hasbullah yang berundur kerana membantah kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air melalui gabungan baru  Gerakan Tanah Air (GTA).

“Pemimpin datang dan pergi.



“Patah tumbuh hilang berganti,” katan Borhan.

Semalam, Hamidah mengumumkan keluar parti serta-merta kerana Putra pimpinan veteran politik Ibrahim Ali untuk menyertai GTA dan bekerjasama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat itu berkata dia tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan menggunakan platform lain bagi memperjuangkang isu pilihannya, iaitu tanah rizab Melayu.

Pada 4 Ogos, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA, merangkumi beberapa parti politik kecil Melayu-Islam.



Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Borhan berkata keputusan untuk menyertai GTA merupakan keputusan sebulat suara oleh ahli dewan tertinggi Putra.

“Usaha mencari kesepakatan penggabungan parti-parti Melayu telah dibentangkan secara terperinci tentang nasib dan masa depan bangsa Melayu berdasarkan faktor-faktor ekonomi dan perpecahan bangsa Melayu.

“Mandat dan keputusan bersama ini telah direalisasikan ke mesyuarat Majlis Presiden GTA,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker