Wanita OKU dirogol rakan sekerja
Wanita OKU dirogol rakan sekerja
Alor Setar: Lelaki didakwa merogol rakan sekerjanya yang juga orang kurang upaya (OKU) dalam tandas sebuah restoran makanan segera di negeri ini sejak Jun lalu.
Mangsa, wanita berusia 22 tahun yang pekak dan bisu dijadikan pemuas nafsu oleh rakan sekerjanya itu dalam tandas lelaki hingga akhir Julai lalu.
Difahamkan, sepanjang tempoh itu mangsa dirogol sebanyak empat kali namun dia tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa kerana takut dimarahi ahli keluarganya.
Menurut sumber, mangsa yang kemudiannya dikatakan sudah tidak tahan dengan kelakuan rakan di tempat kerja itu akhirnya ‘membuka mulut’ dan menceritakan kejadian terbabit kepada ibunya.
“Mangsa menceritakan kejadian itu di rumahnya pada 31 Julai lalu dan memberitahu kali terakhir berlaku empat hari sebelum itu.
“Wanita malang terbabit memberitahu kejadian berkenaan berlaku pada 4 pagi ketika dia dan rakan sedang bekerja di premis itu,” katanya.
Sumber berkata, susulan itu polis berjaya menahan suspek yang berusia 21 tahun di sebuah lokasi di negeri itu dan dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
“Hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek selain merogol suspek juga pernah menghantar gambar tidak senonohnya kepada mangsa melalui beberapa platform media sosial.
“Siasatan juga mendapati mangsa bekerja sebagai pencuci, manakala suspek pula bekerja sebagai tukang masak di restoran berkenaan,” katanya.
Menurutnya, mangsa sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan polis turut mengambil pakaian mangsa untuk siasatan.
“Setakat ini, polis juga sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di restoran berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. HM
Wanita OKU dirogol rakan sekerja
Baca Artikel Menarik:
- Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai
- China kerah pesawat pengebom nuklear
- Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan
- Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula
- Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib
- Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta
- Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong
- Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco
- Umpama Berniaga Zaman Jahiliah! Hukum Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Adalah Haram- Pakar Syariah
- Pegawai hanya tahu makan gaji jangan hantar ke ‘JAKOA’ – MP Cameron Highland
- Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP
- Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar
- Bayi 6 bulan maut dibawa ‘melancong’ 500 kilometer naiki motosikal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah
You must be logged in to post a comment.