Berang ditegur, lelaki tetak jiran dengan parang

Berang ditegur, lelaki tetak jiran dengan parang

KOTA KINABALU: Berang ditegur, seorang lelaki bertindak menetak warga emas di Kampung Lok Kurai Selanggan, Pulau Gaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 73 tahun bagaimanapun, terselamat dan mengalami kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, suspek berusia 45 tahun yang tidak bekerja adalah penagih dadah.



Katanya, ketika kejadian suspek dikatakan mengganggu penduduk dengan membaling batu dan kayu beruti ke rumah penduduk di kawasan tanpa sebab.

“Mangsa cuba menegur perbuatan suspek dan ia dipercayai menyebabkan suspek berang sebelum balik ke rumah untuk mengambil parang.

“Suspek datang kembali dan terus menetak kepala mangsa sehingga luka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, melihat kepada keadaan kepala mangsa yang berdarah, suspek terus melarikan diri masuk ke dalam kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.



Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik menerima maklumat, polis terus menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lok Urai, di sini, jam 4.30 petang.

“Sebilah parang sepanjang kira-kira 0.6 meter yang dipercayai digunakan suspek menyerang mangsa turut berjaya dirampas,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. BH



Berang ditegur, lelaki tetak jiran dengan parang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker