Kadar inflasi Malaysia terendah di Asia Tenggara – Ismail



Kadar inflasi Malaysia terendah di Asia Tenggara – Ismail

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim dunia memberi kesan dan cabaran kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kenaikan harga jagung bijiran dan baja serta kenaikan kos logistik menyebabkan peningkatan harga barangan yang menyaksikan kadar inflasi juga meningkat tinggi.

“Namun, Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara, hasil usaha berterusan kerajaan menanganinya dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan menyelami keluhan Keluarga Malaysia mengenai kenaikan harga barang khususnya membabitkan bahan makanan, dengan RM1.1 bilion dibelanjakan untuk subsidi ayam dan telur dan RM4 bilion untuk minyak masak peket,” katanya.




Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini, hari ini. BH

Kadar inflasi Malaysia terendah di Asia Tenggara – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Leave a Reply

Your email address will not be published.