Scammer guna gambar ADUN Bebar minta duit

Tangkap layar penipuan yang dilakukan sindiket Macau Scam yang menggunakan gambar profil Mohammad Fakhruddin (gambar kecil) bagi mendapatkan wang.

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif menjadi mangsa sindiket Macau Scam apabila gambarnya digunakan untuk menipu mangsa mendapatkan wang.

Beliau berkata, perkara itu disedari selepas dimaklumkan pegawai Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar mengenai gambarnya digunakan sebagai gambar profil di aplikasi Telegram milik sindiket tersebut.

Menurutnya, sindiket itu turut meminta wang RM2,000 daripada mangsa dengan menggunakan identitinya.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai saya malam tadi di Balai Polis Daerah Pekan berhubung perkara itu.



Laporan polis telah dibuat oleh pegawai kepada Mohammad Fakhruddin selepas mengetahui penyalahgunaan gambarnya di Balai Polis Daerah Pekan pada malam Jumaat.

“Sindiket mahu wang itu dimasukkan ke akaun Maybank bernama Sunati Nasry. Mungkin dengan menggunakan gambar saya, sindiket itu yakin dapat memperdayakan mangsa dengan mudah,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohammad Fakhruddin yang juga Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang berharap tindakan segera dapat diambil bagi membendung perkara itu.

“Saya juga memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam gambar saya dan menyekat nombor telefon yang digunakan sindiket ini.



“Saya juga meminta orang awam untuk berhati-hati sekiranya menerima pesanan Telegram atau WhatsApp daripada sindiket yang menggunakan gambar saya.

“Kalau boleh jangan laan pesanan itu, sebaliknya membuat laporan polis dan aduan kepada SKMM melalui https://aduan.skmm.gov.my,” katanya lagi.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker