Johnny Depp lancar album setelah menang kes saman fitnah

Johnny Depp lancar album setelah menang kes saman fitnah

Selepas menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, bulan lalu, aktor Hollywood, Johnny Depp, 59, terus menarik perhatian peminat.

Terbaharu, bintang Pirates of the Caribbean ini melancarkan album bersama pemuzik rock, Jeff Beck, projek yang memperlihatkan sisi muzikal dan ciri versatil dimiliki aktor kontroversi ini.



Album berjudul 18 yang mengandungi 13 lagu, menyaksikan Depp menyanyi dan bermain gitar dengan kebanyakan trek adalah rakaman semula atau saduran karya malar segar pilihan, lapor AFP.

Antara lagu itu adalah What’s Going On dendangan Marvin Gaye, Isolation (John Lennon) dan dendangan klasik, Venus In Furs yang dipopularkan kumpulan rock legenda, Velvet Underground.

Paling menarik, album 18 turut menyaksikan kemampuan Depp mencipta lagu apabila dua karyanya turut diselitkan, menonjolkan bakat pelakon handalan itu sebagai ‘rock star’ atau bintang rock.

Bulan lalu, selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Depp terhadap Heard, juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country di Virginia, Amerika Syarikat (AS), memutuskan pelakon itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).



Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.

Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta), dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu.

Menjalin persahabatan pada 2016, Depp dan Beck berkongsi minat daripada kereta hingga gitar, dengan pemuzik itu mula mengesan bakat Depp menulis lagu dan kecenderungannya kepada muzik, lapor AFP.

Mereka kemudian memulakan proses menerbitkan LP berjudul 18 pada 2019. Sebelum ini, selama 10 tahun, Depp sudah merakamkan album dan menyertai siri jelajah bersama band Hollywood Vampires yang diasaskannya bersama Alice Cooper dan Joe Perry.



Beck ketika ini sedang dalam siri jelajah di Eropah dengan mengundang Depp sebagai tetamu istimewa di pentas. BH

Johnny Depp lancar album setelah menang kes saman fitnah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker