Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
Suami yang gagal membayar caruman kepada suri rumah yang juga isteri, yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Perkara itu dijelaskan dalam draf Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan, di Dewan Rakyat.
“Seorang suami yang tidak membayar caruman berkenaan dengan suri rumah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-keduanya.
“Walau apa pun subseksyen (11), jika suami itu tidak berupaya membayar disebabkan oleh kehilangan pendapatan atau kerana apa-apa sebab lain, suami itu hendaklah memaklumkan kepada pertubuhan 60 hari sebelum tamat tempoh caruman sedia ada mengikut apa cara sebagaimana yang ditetapkan,” katanya memetik draf Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.
RUU itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial bagi suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah dan bagi berkaitan dengannya.
Caruman yang perlu dibayar itu hendaklah terhenti apabila suri rumah berkenaan telah mencapai umur 55 tahun atau meninggal, mengikut mana-mana yang lebih awal. FMT
Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]