Jangan terpedaya iklan lesen terbang-JPJ

Jangan terpedaya iklan lesen terbang-JPJ

ORANG ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan di media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu ke kelas dan ujian memandu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berkaitan satu iklan yang menawarkan ‘lesen terbang’ menerusi aplikasi Telegram.



Menurutnya, semakan lanjut mendapati iklan berkenaan adalah palsu.

“Menerusi iklan itu, terdapat beberapa kategori lesen yang ditawarkan iaitu Lesen Motosikal Kelas B2, Kelas B, Lesen Motokar Kelas D, Kelas E, Lesen Vokasional GDL dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

“Difahamkan, iklan berkenaan menawarkan lesen memandu pada harga tertentu bermula dari RM350 hingga RM1,900.

“Justeru, orang ramai diingatkan jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan sedemikian,” katanya. E9



Jangan terpedaya iklan lesen terbang-JPJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker