Norman Hakim dah macam The Rock

Norman Hakim dah macam The Rock

Pelakon popular, Norman Hakim merupakan antara selebriti lelaki tanah air yang mempunyai pakej. Bukan sahaja dengan rupa paras yang kacak, malah bapa kepada enam orang cahaya mata ini juga mempunyai badan yang sihat dan kekar meskipun usianya sudah mencecah 40-an.

Terkini, menerusi foto terbaru yang dimuatnaik di Instagram yang menunjukkan sebahagian tubuh badannya yang sasa, Norman sempat berseloroh lemak daripada makanan Hari Raya Aidiladha yang baru disambut telah ‘hadir’ pada tubuh badannya itu.



“Lemak-lemak Raya Haji dah hadir nih huhuhu.”-Kapsyen Norman di Instagram

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti seperti Hafidz Roshdi dan Jake Abdullah turut memberikan komen pada hantaran Norman. Malah ramai yang kagum melihat tubuh badan Norman yang tegap.

“Pergh badan macam The Rock bang.”-Hafidz Roshdi

“Where?”-Jake Abdullah



“Macam tu lemak bang??.”

“Abang lemak raya haji. Saya ni lemak dari raya tahun 2018 ni masih ada lagi sampai sekarang.”

“Fuh! Mantap shape shoulder dan lower chest tu bang. Bersirat urat dah keluar. Padu idola.”

Terdahulu, Murai MY melaporkan mengenai Norman Hakim yang menjelaskan faktor pemakanan dan senaman mainkan peranan penting untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dan dia turut akui mengutamakan gaya hidup lebih sihat terhadap kesihatan badannya. Mr





Norman Hakim dah macam The Rock


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker