Kebun musnah diserang gajah liar

Kebun musnah diserang gajah liar

GUA MUSANG – Lebih 100 pekebun di Jalan Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini mendakwa mereka menanggung kerugian RM300,000 akibat serangan gajah liar yang dikatakan kerap berulang di kebun mereka sejak tiga tahun lalu.

Seekor gajah liar jantan dipercayai kembali menceroboh dan merosakkan tanaman pisang di kebun mereka sejak lebih sebulan lalu.

Penghulunya, Nordin Mat Yusuf, 46, berkata, beberapa pekebun telah melihat gajah berkenaan yang sedang memusnahkan tanaman pisang pada pagi dan petang semalam.

Katanya, setiap pekebun mempunyai 2.4 hektar tanah dan menanam dengan pelbagai tanaman seperti pisang, getah dan kelapa sawit sejak lebih 30 tahun lalu.

“Masalah gajah liar di kawasan ini amat serius kerana banyak kerugian yang ditanggung oleh pekebun.

“Kami berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat operasi dengan segera supaya kerugian yang ditanggung pekebun tidak akan bertambah lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di kawasan kebun di Jalan Subong, RPT Kesedar Sungai Terah di sini hari ini.

Seorang pekebun pisang, Ismail Awang Hamad, 59, berkata, mereka terpaksa menanggung kerugian RM100,000 akibat serangan gajah liar dalam tempoh setahun.

Katanya, kerugian yang dialami perlu ditanggung oleh pekebun sendiri dan tiada siapa yang akan menanggung kerugian termasuk jabatan kerajaan.

“Saya mewakili peneroka di sini berharap supaya tindakan lebih agresif dapat dilakukan memandangkan kerugian besar yang perlu ditanggung petani.

“Kegiatan ekonomi pekebun di sini juga terhenti kerana takut dengan gajah yang dilihat masih berkeliaran di kawasan kebun,” katanya. K Online

Kebun musnah diserang gajah liar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker