Johan Raja Lawak Keluar ERA, ‘JoHaRa Pagi ERA’ Tidak Lagi Menemani Pendengar

Johan Raja Lawak Keluar ERA, ‘JoHaRa Pagi ERA’ Tidak Lagi Menemani Pendengar

SELEPAS 10 tahun menemani pendengar, segmen JoHaRa pagi ERA kini dibubarkan.

Perkara itu dimaklumkan ketika di sidang media rasmi ERA Fm yang bertempat di Tiffin At The Yard, Jalan Ipoh, Sentul petang semalam sekali gus memperkenalkan beberapa segmen baharu yang bakal bersiaran bermula Isnin ini.



Menjadi tumpuan media apabila figura pelawak hebat, Johan tidak kelihatan bersama penyampai lain seperti Haniff Hamzah dan Ray di majlis itu.

Menurut pengurus kandungan ERA, Hani Fadzil, pelawak itu telah mengambil keputusan untuk keluar dan tidak lagi bersama ERA.

“Selama 10 tahun, Johan adalah sebahagian dari JoHaRa dan tidak dinafikan dia merupakan ikonik ERA sendiri.

“Tetapi sekarang kita akan bergerak lebih ke depan, maka ERA dan Johan mengambil haluan masing-masing.

“Keputusan ini adalah keputusan bersama, maka dengan itu tanpa Johan inilah kami yang sekarang,” kata Hani ringkas.



Segmen JoHaRa pagi Era bakal digantikan dengan sebuah segmen baharu ‘3 Pagi ERA’ yang akan menampilkan tiga gandingan jejaka hebat Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin.

Tambah Hani, meskipun sedar akan risiko yang bakal diterimanya disebabkan perubahan mendadak ini, namun dia tetap percaya dengan bakat dan kelebihan yang ada pada setiap penyampai segmen pagi itu.

“Sudah semestinya sebelum kita buat sesuatu keputusan kita akan berfikir dahulu, tidak boleh terjah begitu sahaja.



“Setiap keputusan yang dibuat mempunyai sebabnya tersendiri dan ketiga mereka (Nabil, Radin, Azad) mempunyai kekuatan mereka sendiri serta ini merupakan peluang buat mereka untuk menonjolkan lebih lagi dengan apa yang mereka ada.

“Seperti Radin, jelas dia memiliki wajah yang tampan dan sangat bersikap professional selain menjadi orang tengah untuk menaturalkan keadaan kepada Nabil dan Azad yang kita sedia tahu mereka berdua sejenis yang kelakar.

“Kalau Nabil siapa sahaja yang tidak kenal dia, lawak jenaka yang ditampilkan Nabil sangat berbeza dengan pelawak-pelawak lain. Dia juga mempunyai daya berfikir yang sangat pantas sesuai dengan kerja penyampai radio yang bergerak dengan pantas.

“Azad pula siapa sangka dia bakal menjadi penyampai radio, kekuatan Azad ialah sejenis yang kita berikan apa jua tugasan, dia boleh laksanakan dengan baik.



“Jadi inilah formula yang kita ada untuk segmen 3 pagi ERA,” ujar Hani.

Selain 3 pagi ERA, segmen baharu lain yang bakal ke udara adalah ‘101 ERA’ oleh Haniff dan Ray, ‘Daebak ERA’ oleh Munaa Bella dan Fazziq Muqris, ‘Port ERA’ oleh Danial Zaini dan ‘Gempak Hit ERA’ oleh Isha Norsham.-AA

Johan Raja Lawak Keluar ERA, ‘JoHaRa Pagi ERA’ Tidak Lagi Menemani Pendengar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker