Gobind tak setuju dengan pandangan Tony Pua

Gobind tak setuju dengan pandangan Tony Pua

Ramai rakyat menerima kerjasama dalam kerajaan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

Gobind percaya sambutan terhadap kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim agak baik sepanjang tujuh penubuhannya.



“Secara peribadi saya lihat ramai merasakan dan menerima kerjasama ini boleh berjaya, jadi saya tidak lihat sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas majlis kutipan dana DAP malam tadi.

Ahli Parlimen Damansara itu berkata kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif yang membolehkan pengundi menilai kecekapan kerajaan.

Beliau juga percaya ramai memahami punca penubuhan kerajaan perpaduan dan yakin wawasan Anwar untuk Malaysia dapat direalisasikan.

Pada majlis itu, bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata PH mesti membuktikan kepada pihak-pihak yang meragui gabungan itu bahawa “parti berbilang kaum yang bersih dan tidak korup” boleh melakukan lebih baik “berbanding gabungan korup seperti Barisan Nasional, serta Umno dan Bersatu”.



Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi PH, mesti melengkapkan penggalnya “sebagai perdana menteri yang popular”, dan membuktikan bahawa pengkritik PH salah, semasa beliau masih berkuasa.

Menurutnya, ia akan meningkatkan sokongan kepada PH yang membolehkannya membentuk kerajaan selepas PRU akan datang. FMT

Gobind tak setuju dengan pandangan Tony Pua

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker