‘Anneh’ ‘Sebijik’ Macam Kanye West Curi Tumpuan Netizen, “Donda Cepat Nyanyi Sikit…” [VIDEO]

Sebaran :

‘Anneh’ ‘Sebijik’ Macam Kanye West Curi Tumpuan Netizen, “Donda Cepat Nyanyi Sikit…”

Wajah kita adalah salah satu ciri paling unik yang biasanya orang akan ingat. Tetapi dengan lebih 7 bilion manusia di atas planet ini, tidak mustahil akan ada orang lain di luar sana yang mempunyai wajah seiras kita.

Betul lah memang kat dunia ni kita akan ada 7 orang kembar yang akan sama iras dengan kita, rasanya rapper Kanye West dah jumpa sorang dekat Singapura.

Malah kebarangkalian untuk kita menyerupai tokoh atau artis terkenal juga sangat tinggi seperti yang dibuktikan dengan filter ‘Celebrity Look Alike’ yang popular di TikTok.

Mempunyai wajah iras individu terkenal bukan sahaja membuatkan seseorang itu jadi perhatian, malah membuka pelbagai peluang seperti menjadi stunt double buat selebriti itu.

 

Kalau korang tak kenal, pergi google nama Kanye West lepas tu tengok dekat video bawah ni.

@_r1yan

people don’t believe that i met kanye 😔 here’s the proof #fyp #tiktoksg

♬ original sound – _r1yan – _r1yan

Video ini viral di media sosial sejak semalam kerana mukanya memang iras-iras dengan penyanyi dari Amerika Syarikat itu.

Sebuah video yang tular baru-baru ini pula menyaksikan seorang ‘anneh’ mempunyai wajah yang cukup sama dengan rapper Hollywood terkenal, Kanye West.

Video TikTok yang turut tular di Twitter itu menyaksikan pengguna aplikasi tersebut terserempak dengan seorang lelaki india yang menaiki basikal dan terhibur dengan rupa lelaki tersebut yang saling tidak tumpah seperti bekas suami Kim Kardashian.

Pengguna TikTok berkenaan siap meminta anneh tersebut menyanyikan lagu baru Kanye yang bertajuk Donda mengundang lucu penonton. Rata-rata netizen juga meninggalkan pelbagai komen menghiburkan tentang penemuan kembar Kanye West itu.

“Sebijik…”

“Anneh West…”

“Kanyeswaran…”

“Kanye Southeast…”

“humble juga rupanya kanye ni…”

“bagi dia yeezy please…”

‘Anneh’ ‘Sebijik’ Macam Kanye West Curi Tumpuan Netizen, “Donda Cepat Nyanyi Sikit…”


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahu bercuti atau pilih balik kampung?

Penularan Covid-19 bukan tiket sebar ajaran sesat


Sebaran :

Leave a Reply