Akta lompat parti dicadangkan pada 2018 lagi – Ahmad Maslan

Sebaran :

Akta lompat parti dicadangkan pada 2018 lagi – Ahmad Maslan

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau cukup gembira apabila Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengemukakan cadangan Akta Lompat Parti di Parlimen pagi tadi.

Kata Ahli Parlimen Pontian itu, malah akta berkenaan pernah dibangkit dan dicadangkan beliau di Parlimen pada 20 Disember 2018.

Namun, katanya, pada ketika itu tiada siapa dalam kalangan Ahli Parlimen kisah mengenai cadangan akta berkenaan dan ia tidak dipanjangkan.

“Pada saya, akta lompat parti ini penting dilaksanakan kerana perbuatan itu mencemarkan sistem demokrasi, mengkhianati pengundi dan melanggar etika parti.

“Sudah tentu jika seseorang Ahli Parlimen lompat parti, akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) dan yang melompat itu tidak dibenarkan bertanding lagi.

“Itu antara cadangan dan juga saya katakan pada akta itu, ia patut dikenakan denda pada Ahli Parlimen yang lompat parti seperti memulangkan semula dana RM200,000 yang dibenarkan oleh SPR yang diguna ketika kempen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menjunjung terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen, petang ini.

Pagi tadi, Azalina ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menjelaskan panjang lebar Rang Undang-Undang (RUU) Akta Lompat Parti untuk dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ahmad, akta itu juga wajar dilaksanakan di peringkat negeri untuk menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada melompat parti.

Menurut beliau, akta itu akan menjadikan Malaysia salah satu contoh demokrasi terbaik jika dilaksanakan pada Disember 2018. MG

Akta lompat parti dicadangkan pada 2018 lagi – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu


Sebaran :

Leave a Reply