Suspek bunuh isteri, anak direman hingga Isnin

Suspek bunuh isteri, anak direman hingga Isnin

JOHOR BAHRU: Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas membunuh isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu di sini, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkahmah, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemuka Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, pagi ini.



Suspek lelaki berusia 25 tahun itu yang memakai baju lokap bewarna oren tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi dengan dikawal ketat polis.

Semalam, suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal ditahan polis, selepas gambar dan videonya menunggang motosikal dalam keadaan bogel tular di media sosial.

Dia disyaki membunuh isterinya, 26 tahun dan anak lelakinya, berusia tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kematian dua beranak itu pada jam 12.42 tengah hari.



“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah hari. Polis bertindak atas maklumat, sebelum berjaya membuat tangkapan ke atas suspek.

“Pada jam 2.45 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan suspek di kawasan Permas Jaya,” katanya.

Turut dirampas ketika tangkapan dibuat ialah sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Sementara itu, isteri dan bayi lelaki suspek dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, di sini, sebelum tengah hari nanti.

Suspek bunuh isteri, anak direman hingga Isnin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker